Setiap individu memainkan peranan dalam keluarga masing-masing. Ada yang bertanggungjawab dalam melakukan segala perancangan, membuat keputusan, penghibur suasana dan ada juga yang menjadi penenang.

Namun tahukah anda bahawa bentuk kaki anda juga boleh menggambarkan tentang peribadi anda?

Kaki #1 – Si Penasihat

Allen Taylor

Di rumah, anda seorang yang boleh diharap dan seringkali menjadi ‘penasihat’ kepada ahli keluarga. Mereka yang mempunyai bentuk kaki seperti ini kebiasaannya adalah seorang yang praktikal dan rajin berusaha…

Setiap individu bergantung harap dan sentiasa mencari anda setiap kali mereka menghadapi sebarang masalah atau inginkan jalan penyelesaian. Di samping itu, anda juga seorang yang penyayang dan bertanggungjawab tetapi tidak begitu fleksibel. Anda kurang mahir dalam mengetengahkan diri anda sekali gus menyebabkan segala usaha keras selama ini tidak diketahui.

Justeru, anda disarankan untuk mengatur kerja dengan lebih baik dan menjadi lebih terbuka. Jangan terlalu beri tekanan kepada diri sendiri kerana setiap orang mahu anda sentiasa sihat dan bahagia.

Kaki #2 – Si Pemimpin

Max Pixel

Di rumah, status anda adalah yang tertinggi kerana anda seorang yang proaktif, bermotivasi dan tidak sukakan kekalahan. Mungkin pendapatan anda bukanlah yang tertinggi di dalam keluarga, tetapi anda tetap mempunyai kuasa dalam menentukan sebarang tugasan sama ada kecil mahupun besar.

Selain kuat dan memiliki kemahiran kepimpinan yang baik, anda juga mampu mengetuai keluarga dengan cara yang tersendiri. Apa yang anda perlukan cuma seseorang yang mampu memujuk dan memanjakan anda supaya anda kurang rasa gementar.

Kaki #3 – Orang Tengah

John-Mark Smith

Sebagai orang tengah, anda mempunyai hubungan yang akrab dengan setiap ahli keluarga dan boleh mesra dengan sesiapa sahaja. Pada mata orang luar, anda bukanlah pemimpin keluarga tetapi teras bagi sesebuah keluarga itu.

Setiap individu tidak kira sama ada orang tua mahupun kanak-kanak akan sukakan anda. Anda dianggap seorang yang istimewa dan senang dibawa berbincang.

Berperwatakan tidak tegas tetapi personaliti anda mampu menyatupadukan seisi keluarga dan menyelesaikan masalah. Namun begitu, anda lemah dalam pembuatan keputusan dan terlalu lembut hati.

Kaki #4 – Si Pendengar Yang Baik

US News Health – US News & World Report

Walaupun mempunyai idea dan pandangan sendiri, anda lebih cenderung untuk mendengar pendapat orang lain daripada meluahkan pandangan anda. Selain itu, anda juga seorang yang sensitif, lemah lembut, konservatif dan tenang.

Anda bijak menyembunyikan emosi dan tidak suka buat keputusan seorang diri. Jika berhadapan dengan masalah, anda akan menangani permasalahan tersebut dengan cara yang merendah diri.

Dalam aspek percintaan, anda seorang yang tulus mencintai dan sentiasa komited. Jadi, apabila berlakunya keretakan dalam sesebuah perhubungan, anda akan menjadi lemah.

Justeru, anda perlu mencari seseorang yang sentiasa memahami ciri-ciri pendiam yang anda miliki selain boleh berkomunikasi dengan baik.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN INSPIRASI

Video Popular