Demi masa depan yang cerah, seorang pelajar berusia 12 tahun bertekad untuk belajar dengan bersungguh-sungguh, tidak kira dalam apa cara sekali pun. Budak lelaki yang berasal dari Peru sanggup duduk di tepi jalan pada waktu malam dengan bersuluhkan lampu jalan demi menyelesaikan kerja sekolah. Kesungguhan yang ditunjukkannya amat menyentuh hati dan meninggalkan perasaan sebak.

Daily Mail melaporkan budak lelaki berusia 12 tahun ini bernama Víctor Martin Angulo Córdova yang tinggal di Moche, wilayah Trujillo di Peru berasal dari keluarga yang miskin. Pada satu malam, Víctor telah dilihat membawa beg sekolah mengandungi buku kerja, dan secara tiba-tiba dia duduk di tepi jalan lalu menggunakan lampu jalan sebagai penyuluh bagi dirinya menyiapkan kerja sekolah.

Selepas satu rakaman video yang menyiarkan aksinya yang sedang menyiapkan kerja sekolah pada malam itu menjadi tular, media tempatan telah menghubungi dan menemu ramah pelajar ini. Menurut Víctor, keluarganya sangat miskin sehingga tidak mampu lagi membayar bil elektrik di rumahnya dan ia terpaksa dipotong.

Víctor terpaksa berjalan keluar dan duduk di tepi jalan yang mempunyai lampu jalan yang terang untuk membaca dan menyiapkan kerja sekolah hampir setiap malam. Dilaporkan juga Víctor merupakan pelajar yang rajin berusaha keras dan sentiasa mencatatkan keputusan cemerlang di sekolah.

Pelajar cemerlang yang bercita-cita untuk menjadi seorang pegawai polis pada satu hari nanti. Víctor menyatakan harapan untuk belajar dengan bersungguh-sungguh dan berdiri di atas kakinya sendiri serta bercita-cita untuk mengubah sistem dalam masyarakat Peru yang tidak adil.

Semasa pihak media datang mengunjungi rumah Víctor, ibunya baru sahaja melahirkan seorang lagi ahli dalam keluarga mereka. Apabila ditanya tentang nasihatnya kepada kanak-kanak lain di Peru, Víctor berkata dia berharap semua kanak-kanak akan berusaha keras, dan tidak terpengaruh serta leka dengan dunia luar. Mereka perlu memfokuskan diri kepada pelajaran dan melakukan perkara baik demi masa depan yang cerah.

Selepas rakaman video tersebut disiarkan di seluruh Peru dan mendapat perhatian ramai, pihak kerajaan telah menaja dan membiayai yuran pembelajaran Víctor di sekolah dan menanggung bil elektrik di rumah keluarganya selama 10 tahun.

Sebagai tambahan, pelbagai pihak telah tampil memberikan sumbangan berupa buku dan keperluan pembelajaran serta wang kepada Víctor dan keluarganya. Tiba-tiba Víctor berasa amat bertuah, dan dia tidak dapat menyembunyikan perasaan terharunya dengan keprihatinan yang telah diberikan oleh masyarakat terhadap diri dan keluarganya.

Semua rezeki yang diterimanya kini adalah berkat kesungguhan dan usaha gigihnya dalam menuntut ilmu walaupun Víctor sedang bertarung dalam menghadapi masa yang amat sukar. Kemiskinan tidak pernah menjadi alasan buatnya untuk mengejar cita-cita dan mencipta masa depan yang lebih baik.

Lihat video menyentuh hati ini di bawah.

Prensa Total / YouTube

Sumber : CocomyPrensa Total / YouTube

Maybe you're interested :

Share

Video Popular