Bayangkan setelah bertahun-tahun menanti kehadiran adik baharu tiba-tiba anda dikejutkan dengan berita gembira seperti itu, pasti anda berasa sangat teruja bukan?

Anda juga pasti berasa tidak sabar untuk melihat si kecil membesar, menghabiskan masa bersama mereka, berkongsi hobi dan kesukaan dan apa yang paling penting anda tidak lagi keseorangan kerana sudah ada kawan baik di rumah!

Keterujaan tersebut jelas ditunjukkan oleh seorang kanak-kanak lelaki apabila dia dikejutkan dengan berita bahawa dia akan menjadi seorang abang tidak lama lagi.

Setelah 10 tahun hidup sebagai anak tunggal membuatkan dia seperti tidak percaya pada awalnya bahawa dia akan mendapat adik baharu. Lihat pada reaksinya ketika dia melihat kemeja-T yang dihadiahkan oleh ibu bapanya kepadanya pasti akan buat ramai tersenyum.

Tidak cukup dengan itu dia juga dikejutkan dengan berita bahawa dia akan mendapat adik kembar. Kegembiraannya pasti berganda! Kanak-kanak lelaki itu berasa terlalu gembira sehingga mengalirkan air mata.

Tentunya momen-momen tersebut adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu selama ini. Dia tentunya tidak sabar bergelar abang kepada dua orang adik perempuan yang comel!

Tonton video kejutan untuk kanak-kanak ini di bawah, anda juga pasti akan berasa sebak kerana terlalu gembira.

Sumber: Happy Mom/Youtube

Maybe you're interested :

Share

Video Popular