Kita semua memasang angan-angan untuk berhijrah ke luar negara memandangkan keadaan ekonomi negara pada waktu ini tidak begitu memberangsangkan.

Ada yang ingin bermigrasi ke Australia, Korea Selatan ataupun negara lain yang memiliki peluang pekerjaan tinggi.

Namun, harus anda tahu bahawa selama mana pun anda tinggal di luar negara, anda pasti tidak akan boleh melupakan asal-usul dan rindukan masakan tempatan terutamanya yang dimasak oleh ibu sendiri.

Food You Should Try

Pelbagai juadah kuih-muih, nasi lemak, roti canai, rendang dan sambal petai udang, semua hidangan-hidangan ini pasti akan menggamit memori bagi mereka yang telah menetap di luar negara untuk tempoh yang lama.

Inilah yang terjadi kepada seorang wanita yang menetap di Perancis dan tanpa disangka-sangka, keinginannya untuk membuat sambal belacan telah menyebabkan dia disoal siasat oleh anggota polis di sana.

Kisah ini menjadi tular apabila seorang lelaki telah berkongsi pengalaman rakan kepada isterinya menerusi laman sosial Twitter. Menurut pemegang akaun Twitter yang dikenali sebagai @thezulfo, wanita berkenaan ingin melepaskan keinginannya nafsu makannya dengan membuat sambal belacan.

Seperti kebiasaan, untuk memastikan rasa sambal belacan lebih enak, belacan tersebut haruslah dibakar terlebih dahulu bagi mendapatkan aroma yang menyelerakan!

Walau bagaimanapun, tindakan wanita ini telah menyebabkan jirannya mengesyaki ada sesuatu yang ‘aneh’ telah berlaku dalam rumah berkenaan lantas dia memutuskan untuk menghubungi polis bagi melaporkan kejadian ‘jenayah’.

Pihak polis menerima aduan berkenaan dan segera pergi ke rumah wanita Malaysia ini untuk melakukan siasatan. Menurut pihak polis, ada jiran yang mengadu terdapat bau pelik yang kuat dari dalam rumah wanita ini.

Google

“Biar saya jelaskan, sebenarnya jiran itu buat aduan tentang bau busuk yang pelik, yang tidak pernah mereka bau selama ini. Jadi mereka buat laporan kepada polis sebagai bau busuk itu mungkin datang daripada mayat yang lama ditinggalkan. Lebih kurang begitu.”

Penularan tweet berkenaan menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya tidak berpuas hati apabila ada orang bertindak menyamakan makanan tempatan kita sama seperti bau mayat!

Bukan sahaja itu, ada juga segelintir netizen yang turut berkongsi pengalaman peribadi masing-masing berkenaan belacan dan ikan masin.

Rasa

“Pengalaman duduk di Georgia… Kawan suami saya… Isterinya masak guna belacan… Kena halau… Kena pindah rumah.. Jiran-jiran mengadu tak suka bau belacan… hahaha.”

“Saya buka bekas belacan yang ibu kirim dan nyahbekukannya. Ibu bapa angkat saya masuk ke dapur dan bertanya sama ada belacan itu sudah basi.”

“Hahaha… Sama cerita macam kawan ibu saya masa dia belajar di Amerika Syarikat. Dia goreng ikan masin. Tiba-tiba polis ketuk rumah dia. Rupanya ada yang buat laporan mintak polis datang periksa… hahahaa.”

Meskipun ia adalah satu pengalaman yang melucukan, kita tetap menggemari masakan-masakan ini walaupun ianya mempunyai bau yang kuat… Abaikan sahaja pandangan orang luar yang mengatakan makanan kita busuk. Janji sedap!

Sumber: SAYSTwitter @thezulfo

Maybe you're interested :

Share

Video Popular