Syarikat pembuat mainan bayi Fisher-Price telah menarik semula hampir lima juta tempat tidur bayi iaitu Rock ‘n Play Sleepers selepas laporan mengenai kematian berpuluh-puluh bayi akibat menggunakan barangan tersebut diterima.

BBC NEWS

Penarikan semula tersebut diumumkan oleh Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna Amerika Syarikat (CPSC) pada hari Jumaat lalu.

Di laman sesawang suruhanjaya tersebut mereka mengatakan bahawa sekurang-kurangnya 30 orang bayi meninggal dunia selepas menggunakan tempat tidur tersebut sejak barangan itu dilancarkan pada tahun 2009.

Dalam satu kenyataan, pemilik Fisher-Price, Mattel mengesahkan penarikan semula secara sukarela namun masih teguh dengan pendirian mereka mengenai keselamatan produk.

Menurut CPSC, 10 kematian bayi disedari terjadi apabila bayi memusingkan badannya ke sisi tanpa alat penahan. Sekurang-kurangnya 10 bayi yang meninggal itu berusia 3 bulan.

Fisher-Price telah memberi amaran kepada semua pelanggannya supaya berhenti menggunakan tempat tidur bayi tersebut apabila bayi sudah mula boleh memusingkan badannya.

 

CNBC/Gambar Hiasan

Menurut Fisher-Price lagi, mereka berpendapat penarikan semula secara sukarela ini adalah tindakan yang terbaik dilakukan buat masa ini.

CPSC menganggarkan sebanyak 4.7 juta produk ditarik semula. Tindakan ini telah menggesa pengguna untuk berhenti menggunakan tempat tidur tersebut dengan segera dan pengguna diminta untuk menghubungi Fisher-Price bagi mendapatkan bayaran balik.

Awal minggu ini, American Academy of Paediatrics (AAP) menggesa penarikan semula dan melabel barangan tersebut sebagai ‘mematikan’.

“Apabila ibu bapa membeli produk untuk bayi atau anak mereka, ramai yang menganggap bahawa jika ia dijual di kedai, ia mesti selamat digunakan. Tragisnya, ia tidak seperti itu,” kata presiden AAP, Kyle Yasuda dalam satu kenyataan.

AAP memetik laporan dari sebuah laman web majalah Amerika Syarikat dalam ruangan Laporan Pengguna yang mengaitkan produk tersebut kepada 32 kematian bayi yang berasingan.

Nasihat keselamatan untuk bayi yang tidur.

  • Bayi perlulah tidur dalam keadaan baring dengan kakinya menyentuh hujung tempat tidur mereka.
  • Selitkan selimut di bawah lengan bayi dan pastikan tiada bantal atau mainan di atas selimut bayi.
  • Jangan biarkan bayi anda terlalu panas atau sejuk.
  • Pastikan kepala bayi anda bebas daripada topi bayi, tuala dan sebagainya.

Sumber: BBC NEWS

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP

Video Popular