Kanak-kanak yang bertutur dalam bahasa asing pada masa ini bukanlah suatu perkara yang janggal lagi, terutamanya Bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, baru-baru ini tular sebuah rakaman video yang menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki yang fasih bertutur dalam Bahasa Arab dengan pelancong Arab.

Kredit: Munirdinie/Twitter

Bukan itu sahaja, kanak-kanak itu malahan berjenaka dengan pasangan pelancong itu! Hebat sungguh kemampuannya!

Kredit: Munirdinie/Twitter

Melalui video yang dimuatnaik oleh seorang pengguna Twitter dengan akaun Munirdinie itu, video itu dirakam di sebuah kawasan ternakan ikan dan kanak-kanak itu dilihat sedang menerangkan tentang ikan di dalam sangkar di situ.

Kredit: Munirdinie/Twitter

Kanak-kanak itu juga ada memberi makan kepada ikan pari di dalam sangkar berkenaan.

Kredit: Munirdinie/Twitter

Ternyata, rakaman video itu telah membuatkan ramai netizen kagum dan teruja dengan kemampuan kanak-kanak tersebut. Ada antaranya yang meninggalkan komen, “Seronoknya fasih Bahasa Arab. Saya yang pernah belajar dalam Bahasa Arabpun masih tergagap-gagap untuk berbahasa Arab.”

Kredit: Munirdinie/Twitter

Ada juga antaranya yang menulis, “Saya fikir orang datang di sekelilingnya bukan untuk melihatnya memberi makan kepada ikan pari itu, tetapi mereka mahu mendengarnya berbahasa Arab dengan hebatnya.”

Sumber: Munirdinie/Twitter

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular