Jika disebut tentang Korea Selatan, lazimnya kita akan terus teringat tentang Seoul dan Pulau Jeju. Mana tidaknya, dengan perkembangan teknologi pada masa ini, kita sering didedahkan dengan keindahan di kedua-dua lokasi ini sehingga membuatkan ramai orang termimpi-mimpi untuk menjejakkan kaki ke sana.

We Built Value

Walau bagaimanapun, alasan yang sering didengari yang menjadi penghalang adalah faktor kewangan yang tidak mengizinkan. Benar, faktor kewangan boleh menjadi penghalang utama tetapi kita juga boleh merancang untuk berjimat ketika melancong.

Misalnya, seorang pengguna Facebook, Zairul Najmi ada berkongsi pengalamannya yang melancong di Korea Selatan dengan bajet di bawah RM 1,500.00.

Zairul Najmi/Facebook

Zarul telah menerokai Korea Selatan khususnya di Seoul dan Pulau Jeju selama 8 hari bersama dengan 2 orang ahli keluarganya. Menurut catitan perbelanjaan yang dikongsikan olehnya, perbelanjaan keseluruhannya di negara itu hanya berjumlah RM 1,463.00 seorang. Memang murah!

Walaupun perbelanjaannya di Korea Selatan telah diminimumkan, namun Zarul sekeluarga tetap berjaya melawat ke tempat-tempat yang menarik di sana. Mana tidaknya, memang rugi jika tidak dapat melawat ke semua tempat apabila sudah sampai di sana. Menarik sungguh.

Zairul Najmi/Facebook

Mari kita ketahui pecahan perbelanjaannya:

Kadar tukaran mata wang: 10,000 won = RM 36.07

Kos penerbangan/makanan dalam penerbangan:

  • Tiket penerbangan pergi balik (AirAsia) KLIA-Jeju-KLIA = RM337 (harga promosi)
  • Makanan di dalam penerbangan (untuk pergi dan balik) = RM 30 (RM 15 + RM 15)
  • Tiket penerbangan pergi balik (Jeju Air) Jeju-Gimpo (Seoul)-Jeju = RM 180

Kereta sewa termasuk insuran:

  • Kereta jenama Kia Morning milik Tasio Car Rental untuk 30 jam sewaan = 36,800 won

Penginapan:

  • Jeju: Sky Hill Hotel (RM40/seorang/semalam) – 3 malam = RM 120
  • Seoul: Itaewon Time Zone (10,000 won/seorang/semalam) – 4 malam = 40,000 won

Insuran:

  • Axa Insuran Perjalanan = RM 20 seorang

Sewa Wi-Fi (menggunakan aplikasi Klook):

  • Pengambilan sendiri di KLIA (RM12/sehari) – 8 hari = RM 96 (3 orang = RM 32 seorang)

Jumlah kos dasar = 76,800 won dan RM 719

Zairul Najmi/Facebook

Berikut pula adalah kos itinerari untuk 8 hari:

11 Februari 2019

KUL-CJU (KLIA-JEJU) 8AM-3PM

  • Bas ke Bandar Jeju = 1,100 won
  • Daftar masuk di Sky Hill Hotel (nombor telefon: +82647515177)
  • Bas ke Pasar Dongmun (waktu operasi: 8:00-21:00) = 1,100 won
  • Buah strawberi = 7,000 won

Jumlah = 9,200 won

Zairul Najmi/Facebook

12 Februari 2019

  • Bersiar-siar di Bandar Jeju

CJU-GMP (JEJU-GIMPO/SEOUL) 1PM-2pm

  • Gimpo – Itaewon Station (subway) = 1,550 won
  • Daftar masuk di Itaewon Time Zone
  • Makan di Sultan Kebab (set nasi pilaf – 9,900 won) = 3,300 won seorang
  • Itaewon – City Hall Station (subway) = 1,250 won
  • Deoksogung Palace = 1,000 won
  • Luncur ais = 1,000 won
  • City Hall-Honggik Station (berdepan dengan Deoksogung Palace)
  • Hongdae
  • Honggik Station – Itaewon = 1,250 won

Jumlah = 9,350 won

Zairul Najmi/Facebook

13 Februari 2019

  • Itaewon – Sangbong – Gapyeong – Baeyangri (subway) = 2,450 won
  • Bas shuttle ke Elsyian ski Resort = percuma
  • Baeyangri – Gapyeong (subway) = 1,250 won
  • Bas shuttle hijau = 6,000 won
  • Pulau Nami = 13,000 won
  • Petite France = 8,000 won
  • Railbike
  • Morning Calm Garden
  • Cheongpyeong Station
  • Cheongpyeong – Itaewon Station (subway) = 2,150 won

Jumlah = 32,850 won

Zairul Najmi/Facebook

14 Februari 2019

  • Itaewon – Gwanghanmun Station = 1,250 won
  • Arca peringatan Raja Sejong
  • Gyeongbokgung Palace = 3,000 won (tiket percuma jika memakai pakaian tradisional Hanbok)
  • Buckhon Hanok Village
  • Sewa Hanbok (Hanboknam) untuk 2 jam 30 minit = 9,000 won
  • Gyeongbokgung – Dongdaemun Station = 1,250 won
  • Dongdaemun Market
  • Design Plaza
  • Night Market
  • Dongdaemun – Itaewon Station = 1,250 won
  • Makanan halal Hajj = 10,000 won seorang

Jumlah = 22,750 won

Zairul Najmi/Facebook

Zairul Najmi/Facebook

15 Februari 2019

  • Itaewon – Seoul World Cup Stadium Station = 1,250 won
  • Seoul World Cup Stadium
  • World Cup Stadium – Seoul Station = 1,250 won
  • Seoul Station – Namsan (menaiki bas Shuttle Namsan Sunhwan nombor 3, berwarna kuning/hijau, keluar di exit 9 = 1,100 won
  • Namsan Tower
  • Kereta kabel (tiket pergi balik = 9,500 won atau tiket sehala = 7,000 won)
  • Myeondong street food/night market
  • Myeondong – Itaewon Station (subway) = 1,250 won
  • Makanan halal Busan Jib = 10,000 won seorang

Jumlah = 21,850 won

Zairul Najmi/Facebook

16 Februari 2019

  • Itaewon – Samseong Station (subway) = 1,350 won
  • Coex Library
  • Gangnam
  • Bongeunsa – Itaewon Station (subway) = 1,350 won
  • Masjid Itaewon
  • Makanan halal Eid = 12,000 won seorang
  • Itaewon – Gimpo Station (subway) = 1,550 won

GMP-CJU GIMPO (SEOUL)-JEJU   6PM-7PM

  • Bas ke Bandar Jeju = 1,100 won
  • Daftar masuk di Sky Hill Hotel (nombor telefon: +82647515177)

Jumlah = 17,350 won

Zairul Najmi/Facebook

17 Februari 2019

  • Daftar keluar dari Sky Hill Hotel
  • Bas ke Tasio Car Rental untuk mengambil kereta sewa (8.00 pagi) = 1,100 won
  • Seongsan Illchubong (+82647283393) = 2,000 won
  • Woljeongri Beach (+82647283393)
  • Seopjikoji (+82647820080) = 1,000 won untuk satu kereta
  • Gimnyeong Beach (+82647283393)
  • Seongsan Canola Farm = 1,000 won
  • Seowgipo Maeil Olle Market

Jumlah = 5,100 won

Zairul Najmi/Facebook

18 Februari 2019

  • Halasan (+82647479950)
  • Mysterious road (+82647507059)
  • Seowgipo City
  • Jeonbang Waterfalls = 2,000 won seorang
  • Minyak kereta = 24,000 won
  • Pulangkan kereta sewa pada jam 2.00 petang
  • Bas ke lapangan terbang = percuma

CJU-KUL JEJU-KLIA 4PM-11PM

Jumlah = 10,000 won

JUMLAH KESELURUHAN : RM 719 + RM 744 (205,250 won) = RM 1,463.00

Zairul Najmi/Facebook

Wah, rupanya tidak perlu berhabis terlalu banyak wang untuk melancong ke Korea Selatan. Bolehlah mula mengumpul sedikit wang untuk ke sana pula setelah merujuk kepada itinerari yang dikongsi ini.

Selamat mencuba!

Sumber: Zairul Najmi/Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular