Kenali Chezka Gonzales-Garrido, seorang juruterbang wanita dari Filipina yang bukan sahaja cantik tetapi juga menjadi inspirasi ramai khususnya golongan wanita untuk menjadi berjaya seperti beliau!

Filipina Pilot- Tales from the skies

Berusia 30 tahun, Chezka merupakan seorang graduan yang mengkhusus dalam bidang Sains Kejururawatan. Ibu muda ini sentiasa memasang angan-angan untuk menjadi seorang juruterbang pada suatu hari nanti lantas mengambil keputusan untuk mengubah haluan hidupnya dengan menjalani latihan sebagai pramugari.

Chezka dilatih selama enam tahun dan tidak pernah berputus asa untuk terus meningkatkan kerjaya dan mengemudi pesawat Airbus 320! Itu adalah impian tertinggi yang pernah diidamkan dalam kerjayanya…

Filipina Pilot- Tales from the skies

Chezka juga menjadi tular di media sosial menerusi gambar perbandingan yang dimuat naik olehnya. Gambar pertama diambil ketika beliau masih lagi menjadi pramugari. Ketika itu, semangat Chezka untuk mencapai cita-citanya menjadi semakin membara.

Gambar kedua pula diambil setelah Chezka menjadi seorang juruterbang berlesen yang mengemudi pesawat-pesawat peribadi!

Filipina Pilot- Tales from the skies

“Gambar kiri diambil pada 6 tahun lalu selepas saya meminta izin pembantu juruterbang untuk duduk di kerusinya, meminjam topinya dan mengambil gambar… 6 tahun kemudian, masih kerusi yang sama tetapi topi itu milik saya, tanpa perlu meminta kebenaran untuk duduk di kerusi tersebut dan saya boleh mengambil seberapa banyak gambar yang saya mahu.”

Filipina Pilot- Tales from the skies|Facebook

Chezka telah berusaha sekeras mungkin demi menjadi seorang juruterbang dan ternyata, segala usahanya berbaloi dan harus dibanggakan!

“Boleh saya katakan salah satu detik terpenting dalam hidup saya… adalah apabila saya menjadi Pegawai Pertama. Terima kasih Tuhan kerana kurniaanmu.”

Lebih menggembirakan lagi adalah apabila Chezka dapat menumpangkan kedua ibu bapanya terbang ke Malaysia di mana mereka ditempatkan di tempat duduk penumpang VVIP. Pasti ibu bapa Chezka merasa bangga dengan pencapaian anak perempuan mereka itu!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Chezka👩🏻‍✈️ (@filipinapilotchezka) on

Bukan sahaja itu, Chezka juga pernah menerima anugerah ‘Istorya ng Pag asa’ yang membawa maksud Kisah Harapan anjuran Pejabat Timbalan Presiden Filipina dan juga Universiti Far Eastern (FEU).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Chezka👩🏻‍✈️ (@filipinapilotchezka) on

“Menjadi juruterbang wanita membuatkan saya sering kali didiskriminasi. Penumpang akan bertanya sama ada penerbangan mereka dijamin selamat memandangkan juruterbangnya adalah seorang wanita.”

Meskipun diduga dengan cabaran sebegitu, ianya langsung tidak menghalang Chezka untuk mengalah sebaliknya dia menjadi semakin bersemangat untuk menasihati orang ramai agar terus berusaha mengejar cita-cita walau apa jua halangan menimpa!

Sumber: FilipinaPilot|Facebook , FilipinaPilotChezka|Instagram

Maybe you're interested :

Share

Video Popular