Toksin ada di sekeliling kita, sama ada di udara yang kita sedut, air yang kita minum, atau makanan yang kita makan. Malah telefon pintar kegemaran anda juga adalah ladang kotoran, penuh dengan bakteria yang cukup untuk membuat anda jatuh sakit. Tanpa anda sedari, sebenarnya toksin semakin terkumpul di dalam badan kita dari hari ke hari, dan jika toksin sudah terlalu banyak di dalam badan anda, kesannya, anda akan mengalami sakit yang teruk.

Untuk membantu anda menyedari bahawa ini adalah masa yang terbaik untuk mula melakukan penyahtoksikan (detoxing), kami akan berkongsi dengan anda 10 gejala yang menunjukkan beban toksin di dalam tubuh manusia semakin banyak.

1. Sembelit

 

NIH

Apabila kita makan makanan, kita juga secara tidak sengaja memakan banyak bahan kimia yang datang bersekali dengannya, seperti bahan pengawet, pewarna, dan perasa tiruan. Usus-usus yang ditugaskan untuk pencernaan juga harus menerima ‘kedatangan’ toksin ini. Pembentukan toksin yang banyak seterusnya boleh menyebabkan sakit perut dan sembelit.

Cuba makan makanan organik, mengehadkan pengambilan alkohol, dan minum lebih banyak air untuk membantu menyelesaikan masalah sembelit ini.

2. Sukar untuk menumpukan perhatian dan sering pening kepala

 

Shutterstock.com

Sekiranya anda berasa pening, bingung dan tidak dapat menumpukan perhatian walaupun pada waktu pagi selepas tidur malam yang baik, mungkin ini adalah kesan daripada toksin berbahaya yang ada dalam tubuh anda. Racun-racun ini menyebabkan satu siri reaksi yang mengeringkan vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.

3. Ketiak berbau dan berpeluh walaupun setelah menggunakan deodoran

 

Dr. Somenek

Anda mandi pada waktu pagi, memakai deodoran, tetapi di dalam kereta anda masih berasa tidak selesa dengan bau dari ketiak anda. Hal ini kemungkinan berlaku kerana toksin yang terkumpul di dalam tubuh anda. Apabila dicerna, toksin ini akan menghasilkan gas dan bau busuk yang terkeluar melalui liang-liang roma tubuh anda.

4. Sakit sendi dan otot

 

NetDoctor

Sekiranya anda tidak bersenam di gim atau melakukan kerja yang berat tetapi anda masih mengalami sakit otot dan sendi, pengumpulan toksin di dalam tubuh mungkin menjadi sebab utamanya. Sakit sendi dan otot adalah penunjuk yang mungkin menunjukkan bahawa anda mempunyai keradangan yang belum pernah diketahui di dalam badan anda, jadi jika anda tidak mempunyai sebab lain untuk keradangan, cuba melakukan penyahtoksikan.

5. Timbul permukaan yang tidak normal pada kulit

Depositphotos.com

Kulit adalah organ terbesar pada tubuh kita dan sering terdedah kepada pencemaran. Selain itu, produk seperti syampu, perapi, sabun, dan losyen yang kita gunakan mungkin mengandungi bahan kimia berbahaya. Pendedahan kepada banyak bahan kimia toksik boleh menyebabkan gejala seperti jerawat, ruam, dan gatal-gatal.

6. Sukar untuk tidur

 

www.chinatimes.com

Pembentukan toksin di dalam badan menjadikan anda berasa letih dan boleh mengganggu waktu tidur anda. Jumlah toksin yang tinggi dalam tubuh boleh menyebabkan tahap hormon pengendalian tidur, Cortisol terganggu, sehingga memberi kesan negatif terhadap tidur anda. Kesukaran untuk tidur juga boleh membawa kepada masalah kesihatan yang lebih teruk.

7. Berat badan semakin meningkat

 

michaelkonik.com

Jika anda telah melakukan banyak senaman, tetapi berat badan anda tetap meningkat naik, mungkin ada yang salah dengan hormon anda. Toksin boleh menjejaskan tahap hormon tertentu dalam badan, termasuklah hormon yang bertanggungjawab untuk mengekalkan berat badan. Cuba beralih kepada diet organik yang sihat.

8. Nafas berbau

 

Arditor

Nafas berbau biasanya merupakan petunjuk masalah pencernaan. Hal ini berlaku apabila sistem pencernaan anda perlu bertungkus-lumus untuk mencerna apa yang anda makan. Tetapi masalah pencernaan juga boleh berlaku apabila hati anda berusaha untuk membersihkan semua toksin yang terkumpul. Menghilangkan toksin dalam badan adalah satu-satunya cara untuk anda menangani masalah ini.

9. Kuku jari menjadi rapuh 

 

Bel Marra Health

Ibu jari kaki, untuk kebanyakan masanya kekal di dalam sarung kaki dan kasut yang gelap, yang merupakan sebuah ekosistem yang digemari oleh kulat. Gabungan ini seterusnya membuatkan kuku ibu jari kaki sesuai untuk pertumbuhan kulat. Walaupun ada cara perubatan yang boleh digunakan untuk menanganinya, namun, dengan melakukan nyahtoksin sendiri adalah salah satu idea yang baik untuk masalah ini juga.

10. Keguguran rambut

 

wikihomenutrition

Keguguran rambut bukan gejala toksik yang disebabkan oleh toksin setiap hari. Perkara ini boleh juga terjadi hasil daripada toksin yang lebih jahat seperti arsenik, plumbum, dan thallium (terdapat dalam asap rokok) antara lain, yang boleh membunuh. Jadi, jangan ambil ringan dengan masalah keguguran rambut dan segeralah berjumpa dengan doktor.

Bagaimana untuk melakukan nyahtoksin?

Shutterstock.com

Jika anda mendapati diri anda mengalami satu atau lebih gejala yang diterangkan di atas, melakukan nyahtoksin mungkin adalah satu idea yang baik. Walaupun ada prosedur nyahtoksin yang lebih kompleks, namun, dengan melakukan beberapa perubahan gaya hidup yang mudah juga dapat membantu anda.

  • Minum banyak air kerana air membantu menghilangkan toksin.
  • Toksin akan memberi kesan kepada hati. Untuk menjaga hati supaya kekal sihat, minum teh dandelion atau tambahkan daun parsley, ketumbar, atau thistle milk di dalam hidangan anda.
  • Amalkan yoga. Yoga dapat meningkatkan peredaran dalam tubuh dan membantu menghilangkan toksin.
  • Berus gigi pada waktu malam selepas makan malam dan jangan lupa untuk menggunakan pembersih lidah.
  • Makan hanya makanan yang bersih, lengkap dan organik.
  • Tambahkan probiotik di dalam diet anda.
  • Gunakan hanya produk kosmetik semulajadi yang bebas daripada wangian dan toksin yang lain.

Sumber: Bright Side

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN

Video Popular