Di hadapan pintu kedai roti popular yang sedang berkembang maju, berdiri seorang pengemis yang berbau hamis dan kotor. Pelanggan yang beratur berasa teramat jijik sehingga mengerutkan wajah mereka kepada pengemis ini.

Pekerja kedai menjerit kepadanya, “Pergi ke tempat lain untuk mengemis!” Pengemis mengeluarkan beberapa wang kertas yang kotor dan sudah koyak serta menunjukkan kepada pekerja itu sambil berkata, “Lihat saya ingin membeli roti. Yang paling murah di sini.”

Gambar Hiasan

Tiba-tiba pemilik kedai roti berjalan ke arah pengemis dengan satu kotak roti yang baru dibakar dan memberikannya kepada pengemis ini.

Pemilik kedai ini kemudian memberi tunduk hormat kepada pengemis sambil berkata, “Terima kasih di atas perniagaan ini! Sila datang lagi!” Pengemis ini berasa amat tersentuh dan terasa dihormati kerana ini adalah pertama kali buat dirinya dianggap sebagai seorang pelanggan. Pengemis itu kemudian meninggalkan kedai itu dengan roti enak yang baru dibakar dengan perasaan yang gembira.

Gambar Hiasan

Cucu pemilik kedai roti tidak dapat memahami perbuatan datuknya sehingga dia terus bertanya, “Datuk, mengapa datuk melayan pengemis itu dengan begitu sopan dan bersemangat sekali?”

Pemilik kedai roti menjelaskan, “Dia mungkin seorang pengemis, tetapi pada hari ini dia adalah pelanggan kedai kita! Dia mahu memakan roti yang baru dibakar dan menghabiskan banyak masa mengemis untuk mendapatkan wang semata-mata untuk membeli roti dari kedai kita.

Ia benar-benar kehidupan yang amat sukar buatnya, jadi saya mesti melayaninya secara peribadi. Jika tidak, saya akan mengecewakan keinginannya untuk membeli roti saya sebagai seorang pelanggan!”

Cucu ini bertanya lagi, “Jika ya, mengapa datuk mengambil wangnya?”

Pemilik kedai roti menjawab, “Hari ini, dia adalah pelanggan. Bukan pengemis yang datang untuk memohon simpati meminta makanan percuma, jadi kita harus menghormatinya. Jika kita tidak menerima wangnya, tidakkah itu akan menjadi satu penghinaan buat dirinya?

Kita mesti ingat untuk menghormati setiap pelanggan yang membayar untuk perniagaan kita, perniagaan kita berkembang dan terus dikendalikan oleh kerana kehadiran pelanggan setia.” Cucu pemilik kedai ini mengangguk dan akhirnya memahami maksud perbuatan dan kata-kata datuknya itu.

Gambar Hiasan

Pemilik kedai roti yang disebutkan dalam kisah ini adalah datuk Yoshiaki Tsutsumi. Yoshiaki Tsutsumi adalah ahli perniagaan legenda yang mempunyai rangkaian kedai roti popular di Jepun. Dia pernah menjadi orang terkaya di dunia dan berjaya menghiasi muka hadapan majalah Forbes sebanyak dua kali. Yoshiaki Tsutsumi ini adalah orangnya yang telah memberi inspirasi kepada ramai orang untuk menjadi ahli perniagaan yang berjaya.

Yoshiaki Tsutsumi berkata bahawa kisah pengemis itu adalah pengajaran yang paling diingati daripada datuknya dan sering terpahat di dalam ingatannya. Sehingga kini, dia masih mengingati keseluruhan kisah itu termasuk pergerakan datuknya dan kata-kata yang dibicarakannya kepada pengemis itu.

Yoshiaki pernah mengulangi kisah ini semasa mesyuarat syarikat untuk mengingatkan semua kakitangannya supaya mereka menjadi seperti datuknya yang melayani setiap pelanggan dengan penuh rasa hormat.

Gambar Hiasan

Kisah ini memberitahu kita bahawa rasa hormat itu mesti datang dari hati kita yang tulus dan ikhlas. Hanya pada masa itu, para pelanggan akan dapat memahami serta menghargai keramahan dan rasa penghormatan daripada kita.

Disamping itu, adalah amat penting bagi kita untuk melayani setiap pelanggan dengan rasa hormat yang sama tanpa diskriminasi. Kita tidak boleh mendiskriminasi mana-mana pelanggan yang telah membayar dan dengan berbuat demikian, kita akan mendapat ganjaran dan juga balasan yang baik dan ingatan murni daripada para pelanggan.

Menghormati orang lain itu bukan satu perkara yang susah untuk dilakukan dan ia perlu menjadi kewajipan dalam diri kita untuk memupuk sikap yang baik. Seorang cendekiawan bernama Mencius pernah berkata, “Dia adalah orang yang menyayangi kepada orang lain akan sentiasa disayangi oleh mereka; Dia adalah orang yang menghormati orang lain akan selalu dihormati oleh mereka.”

Sama ada anda mahu menyukai atau membenci, sama ada anda mahu berkawan atau bermusuh, kita mesti sentiasa mengingati untuk melayani orang lain secara adil dan saksama bersama perasaan hormat di dalam diri.

Era Baru

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular