Sepasang suami isteri yang bekerja sebagai pengurus rumah dan harta mendedahkan bagaimana mereka telah menemui berdozen stoking dan pakaian kecil yang hilang selepas mendapati kesemuanya telah ditelan oleh sebuah mesin basuh yang rosak.

Cathy Hinz mendedahkan bahawa suaminya membuat penemuan itu selepas berfikir untuk mencuba membaiki sebuah mesin basuh yang ‘tidak dapat berfungsi dengan baik’.

Suami Cathy mendedahkan bagaimana sebuah mesin basuh yang rosak telah memakan stoking-stoking ini dengan memerangkapnya di dalam mesin basuh.

Cathy Hinz/Bored Panda

Bukan sekadar berpuluh-puluh stoking, malahan terdapat pakaian dalam dan kad kredit juga turut terperangkap di dalam mesin basuh yang telah rosak itu, apabila suami Cathy membuka bahagian belakangnya.

Cathy Hinz/Bored Panda

Selepas suami Cathy membuka bahagian belakang mesin basuh itu untuk membaikinya, dia berasa amat terkejut apabila melihat sebahagian pakaian kecil yang hilang sebenarnya telah terperangkap di dalam dan bahagian belakang mesin basuh.

Cathy Hinz/Bored Panda

Selepas mengalihkan saluran air dari mesin basuh ini, Cathy dan suaminya juga menemui beberapa wang kertas berjumlah RM28 (USD7.00) di dalamnya.

Menurut Cathy, “Saya telah bekerja selama 25 tahun menguruskan rumah-rumah, dan peralatannya termasuk mesin basuh, tetapi tidak pernah melihat perkara seperti ini.”

Cathy Hinz/Bored Panda

Tambah Cathy, “Kini, sekiranya ada orang yang bersumpah, mesin basuh tidak akan memakan pakaian kecil seperti yang telah diberitahu oleh golongan profesional, ternyata semua itu tidak benar. Jadi sekiranya stoking anda asyik hilang dan anda pula tidak menemuinya, jawapannya mungkin mesin basuh anda telah memakannya!”

Sumber : Daily Mail 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular