Jika anda perasan, anda akan dapati bahawa anak kedua di dalam sesebuah keluarga lazimnya lebih nakal dan memberontak berbanding dengan anak pertama, dan ini sememangnya personaliti mereka. Kajian baru-baru ini telah mengesahkan mitos bahawa anak kedua cenderung untuk lebih sukar dikawal, terutamanya jika mereka lelaki.

© ludakrysta / Imgur

Hal ini kerana urutan kelahiran tersebut mempengaruhi personaliti dan kehidupan mereka. Jadi, kali ini kami ingin kongsikan kepada anda akan penemuan kajian ini dengan lebih lanjut dan tips untuk menghalang anak kedua daripada menjadi mencipta masalah.

Pada tahun 2005, sebuah kumpulan pengkaji daripada University of California, Los Angeles , yang diketuai oleh Dr. E. Black telah menerbitkan satu kajian yang menunjukkan hasil yang tidak dijangka: anak kedua lazimnya kurang berjaya di sekolah dan di dalam kerjaya mereka berbanding dengan anak pertama.

© Unknown / Imgur

Penemuan ini sangat mengejutkan kerana anak kedua dianalisakan berasal daripada keluarga yang memberikan peluang pendidikan yang sama kepada semua anak mereka.

Namun semuanya bertambah jelas setelah kajian oleh pakar ekonomi daripada Massachusetts Institute of Technology (MIT). Dr. Doyle dan kumpulannya menemukan bahawa sebanyak 40% anak kedua mempunyai masalah dengan peraturan berbanding dengan anak pertama, di mana ia mengesahkan hasil dapatan kajian rakannya mengenai kekurangan menjadi anak kedua.

 

Walau bagaimanapun, faktor penyebabnya tidak ada kaitan langsung dengan isu kesihatan mahupun peringkat pendidikan yang rendah. Semuanya berkenaan dengan ibu bapa dan adik-beradik.

© anatols / Depositphotos.com

Ketika anak kedua dilahirkan dalam sesebuah keluarga, ibu bapa sudah terbiasa mengawal anak pertama dan mereka mengurangkan kawalan tersebut pada anak kedua.

 

© Lopolo / Depositphotos.com   © Ivankmit / Depositphotos.com

“Anak pertama merupakan model peranan yang dewasa. Manakala anak kedua pula merupakan model peranan yang sedikit tidak rasional berbanding dengan anak pertama yang lebih tua,” jelasnya.

© Unknown / Imgur

Adalah dinasihatkan agar ibu bapa untuk memberikan usaha dan perhatian yang lebih kepada anak kedua dan mengawal pengaruh abang atau kakak pertama mereka agar mereka kelak tidak membuat masalah di kemudian hari.

Sumber: Bright Side

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP Keluarga

Video Popular