Sebut saja roti, pasti ada sahaja idea untuk dihasilkan kerana hidangan tersebut bukan sahaja pengganti kepada makan utama di negara kita tapi merupakan hidangan yang mengenyangkan.

Oleh itu, ramai penggemar roti mempelbagaikan resepi untuk hasilkan yang menarik, dan baru-baru ini viral di laman media sosial dengan resipi roti berintikan yang sememangnya menarik selera orang ramai.

Aila Syakila/Facebook

Antara resipi terkini yang dikongsikan oleh pengguna Facebook, Aila Syakila menyediakan roti dengan inti sapuan ‘peanut butter’.

Lebih menarik, intinya yang cair dan meleleh akan menghasilkan bau yang sedap sekali gus akan menjadi kegemaran seisi keluarga.

Resipi yang dikongsikan Alia itu mendapat lebih 4 ribu perkongsian di laman sosial.

Resepi mudah itu bukan sahaja boleh dijadikan hidangan makan pagi atau petang tetapi juga mungkin sesuai untuk anak membawa sebagai bekal ke sekolah.

Bahan-bahan yang diperlukan

1. Sebungkus roti dan sapuan peanut butter dan mentega

2. Bekas plastik untuk dijadikan acuan

3. Tekapkan roti bersama inti menggunakan bekas plastik berkenaan

4. Panaskan marjerin dan goreng dalam kuali panas, balikkan roti berkenaan

Apabila masak, isi akan meleleh apabila digigit.

Selamat mencuba!

Sumber: Aila Syakila/Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular