Netizen berkongsi kejadian kemalangan ‘kilat’ melibatkan sebuah Perodua Myvi. Myvi berwarna merah yang dipandu laju dalam hujan lebat menuju ke persimpangan-T hilang kawalan dan ‘mendarat’ di atas sebuah kereta yang diparkir. Kemalangan itu berlaku di hadapan pejabat GSC berdekatan dengan Atria Mall di Petaling Jaya.

Berdasarkan rakaman dashcam 35 saat yang dikongsi oleh Chan Brothers di Facebook, Myvi itu pada mulanya dilihat dipandu perlahan namun selepas melepasi selekoh di lampu isyarat, kelajuan kereta tersebut bertambah dan melanggar lampu isyarat seterusnya di satu persimpangan.

Akibat hilang kawalan, Myvi tersebut dilihat ‘terbang’ dan ‘mendarat’ di atas sebuah kereta Toyota Camry yang diparkir.

FACEBOOK | CHAN BROTHERS

Orang ramai yang melihat kejadian itu berasa begitu terkejut dengan insiden pantas tersebut namun mujurlah tiada kemalangan jiwa berlaku. Walau bagaimanapun, kedua-dua buah kereta tersebut mengalami kerosakan teruk dan pasti kos untuk membaikinya tinggi.

FACEBOOK | CHAN BROTHERS

Netizen yang melihat kejadian tersebut masih tidak tahu apakah yang terjadi sebenarnya kepada pemandu Myvi sehingga menyebabkan dia memandu laju dan hilang kawalan.

Salah seorang pengguna Facebook, Julius Wong Yew Mun yang merupakan pemilik Toyota Camry itu menyatakan bahawa pemandu Myvi merah itu ialah seorang pak cik berbangsa Cina yang berusia 72 tahun. Dia berpendapat lesen pak cik tersebut perlu digantung kerana pemanduannya boleh mengundang bahaya pada orang lain di masa akan datang.

Peringatan kepada semua, berhati-hatilah ketika memandu terutama pada hari hujan. Jalan yang licin boleh menyebabkan kenderaan yang dipandu hilang kawalan sehingga boleh menyebabkan berlakunya kemalangan.

Sumber: FACEBOOK | CHAN BROTHERS

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular