Penyu yang datang ke sebuah pulau di Maldives yang merupakan tempat popular bersejarah sebagai tapak sarang dilihat bertelur di tengah-tengah landasan di lapangan terbang baru, Maafaru yang telah dibina merentasi pantai.

Ini menunjukkan binaan landasan tersebut telah menjejaskan habitat hidupan liar, penyu laut hijau – spesies yang disenaraikan sebagai terancam oleh IUCN – dilihat bertelur di tengah-tengah landasan 2,200 meter (119,200 kaki).

The Edition

Penyu dilihat selalu kembali ke pantai yang sama di mana mereka dilahirkan untuk bertelur, kadang-kadang mengambil perjalanan epik, bertahun-tahun untuk tiba di lokasi yang sama.

Walaupun keadaan yang tidak disenangi dan gambaran yang buruk dari kejadian itu, penyu tersebut dilaporkan dalam keadaan baik dan dilihat kembali ke laut oleh penduduk tempatan.

 

 

The Edition

Maafaru mempunyai sejarah sebagai tempat sarang popular untuk beratus-ratus penyu, menurut edisi berita tempatan The Edition, yang memetik para pegawai mengatakan jumlah penyu yang melawat pulau itu tidak menurun sejak pembinaan landasan tahun lepas.

“Walaupun landasan tersebut dibina, kekerapan penyu melawat pulau ini untuk tujuan bersarang tidak berkurang,” sumber dari Majlis Pulau Maafaru.

Lapangan Terbang Antarabangsa Maafaru masih belum selesai, tetapi projek itu pada akhirnya akan mampu untuk menampung sejumlah enam jet, sementara hotel dan resort juga akan dibina.

Presiden Maldives, Abdulla Yameen Abdul Gayoom berkata lapangan terbang yang dibina tahun lepas, bernilai $60 juta, merupakan sumbangan kepada Maldives oleh Emiriah Arab Bersatu.

Sumber: Independent

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular