Tatay Guillermo De Guzman, 66, mungkin kelihatan seperti penjual di tepi jalan yang biasa tetapi pada hakikatnya, dia lebih daripada itu.

Peniaga warga tua ini mendapat pujian daripada netizen media sosial setelah menjadi tular kerana dirakam mengajar pelajar dari sekolah rendah berhampiran dengan gerainya secara percuma.

Bayan Mo, Ipatrol Mo/Facebook

Kisah inspirasi Guzman ini pertama kali dikongsi oleh John Felipe Faigmani yang ingin tahu kerana dia sering melihat sekelompok pelajar datang melepak di gerai Guzman.

Walaupun lazimnya para pelajar membeli beberapa makanan ringan dan mainan dari penjual kaki lima selepas waktu sekolah, anehnya, para pelajar di gerai Guzman kelihatan sibuk.

Jadi, pada suatu hari, Faigmani memeriksa apa sebenarnya pelajar itu lakukan di gerai Guzman.

Dia kemudiannya mendapati bahawa Guzman mengajar ejaan dan makna perkataan kepada pelajar.

John Felipe Desanjose Faigmani/Facebook

Rupa-rupanya, dia telah mengajar para pelajar yang datang ke gerai itu untuk sementara waktu dan tidak mengenakan bayaran untuk ilmu yang dikongsi.

Lebih mengejutkan lagi, Guzman juga menyediakan peralatan pembelajaran ringkas seperti kertas dan pensil untuk digunakan oleh para pelajar.

John Felipe Desanjose Faigmani/Facebook

Dengan tindakan Guzman yang sangat hebat itu, Faigmani kemudian merakam video Guzman membimbing para pelajar dan memuat naik video itu di laman Facebook. Ternyata, video itu mendapat perhatian ramai.

Tidak lama selepas kisahnya tular di internet, Guzman kemudiannya dijemput ke sebuah acara, “Bayan Mo, Ipatrol Mo”.

Menerusi acara itu, Guzman berkongsi bahawa dia sebenarnya hanya lulusan sekolah menengah dari Bulacan. Walau bagaimanapun, hal itu tidak pernah menghalangnya daripada berkongsi pengetahuannya dengan para pelajar.

Malah, pelajar dalam video itu bukan kumpulan pelajarnya yang pertama.

Bayan Mo, Ipatrol Mo/Facebook

Ketika Guzman masih muda dan bekerja sebagai penjaga kebersihan, dia juga melakukan kerja sampingan sebagai tutor. Kemudian apabila dia berpindah ke Manila dan mula menjual aksesori gajet berhampiran sebuah sekolah di Quezon City, dia gembira kerana dapat mengajar para pelajar.

Bayan Mo, Ipatrol Mo/Facebook

Disamping itu, Guzman juga membuat ujian mingguan dan kuiz di mana pelajar yang mendapat markah paling tinggi akan memperoleh apa sahaja yang digemarinya dari gerai Guzman!

Menurut Guzman, dia tidak keberatan untuk membelanjakan wang dan masa untuk pelajar kerana itulah yang membuatnya bahagia dan bersemangat.

Sumber: Bayan Mo, Ipatrol Mo/FacebookJohn Felipe Desanjose Faigmani/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular