Seorang pemuda berusia 23 tahun dari Sabah telah melakukan kebajikan dengan melakukan perkhidmatan pengangkutan percuma untuk membawa penduduk yang tinggal di kawasan sukar dilalui untuk ke pusat perubatan.

Di Sandakan, Mohammad Kadir dengan nama julukan Wan melihat keperluan untuk perkhidmatan tersebut, setelah melihat ramai orang sakit yang tinggal di kawasan pedalaman sekitar Sandakan sukar untuk ke hospital, klinik kerajaan dan pusat dialisis.

Menurut Sin Chew, terdapat beberapa tempat seperti kampung-kampung yang tiada perkhidmatan bas, yang membuatkan penduduk sukar dan memakan kos yang tinggi untuk pergi ke pusat perubatan.

Ditubuhkan pada bulan Januari tahun ini (2019), Wan mengubah kereta Perodua Kenarinya kepada pengangkutan percuma untuk pesakit-pesakit yang memerlukan, dan rata-rata 2 hingga 3 perjalanan sehari.

Sin Chew

Walaupun mendapat panggilan pada pukul 1 atau 2 pagi, Wan tetap melayan panggilan tersebut dan bergegas ke tempat pesakit untuk membawa mereka ke pusat perubatan.

Ramai yang tertanya-tanya dari mana beliau mendapat sumber kewangan untuk menyokong kos sepanjang perkhidmatannya. Wan mengatakan bahawa semua perbelanjaan ditanggung oleh kawan-kawan yang menyokong niat baiknya itu, daripada petrol kepada kos penyelenggaraan.

Sin Chew

Nampaknya, komuniti dan masyarakat sekitar  turut bermurah hati! “Sebaik sahaja petrol saya habis, atau kereta perlu dihantar untuk diselenggara, saya akan meminta bantuan mereka,” jelasnya. Beliau adalah pemegang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), dan belum mempunyai sumber pendapatan yang kukuh.

Pada masa ini, Wan berharap untuk mengembangkan kawasan liputan perkhidmatan, dan mendapatkan lebih ramai pesakit ke Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu.

Sumber: Sin Chew

Maybe you're interested :

Share

Video Popular