Sebagai negara yang berjiran dengan negara Thailand, Malaysia menerima banyak pengaruh makanan dari negara gajah putih. Di Malaysia, restoran yang menghidangkan masakan Thailand bukanlah sesuatu yang sukar untuk ditemui. Malah, memang ramai penduduk Malaysia yang cintakan masakan Thailand.

Sirap Limau

Salah satu masakan Thailand yang menjadi kegemaran ramai adalah sos cili manis Thai atau lebih lazim dikenali sebagai Thai Sweet Chili Sauce. Sos cili ini kebiasaannya dicicah dengan keropok, ayam bakar, udang dan sotong celup tepung, kerang rebus dan sebagainya.

Oleh itu, menerusi entri ini, kami akan berkongsi resipi sos cili manis Thai yang mudah dan mempunyai rasa yang mirip dengan restoran Thailand. Resipi ini telah dikongsikan oleh Puan Sumaiyyah Abdullah di laman Facebooknya.

Bahan-bahannya:

Sumaiyyah Abdullah/Facebook

  1. Cili besar dan cili burung
  2. Bawang putih
  3. 1 cawan gula organik
  4. 1 sudu besar garam merah jambu (pink salt)
  5. 1 sudu besar cuka
  6. Sos ikan (jika mahu)
  7. 1 sudu besar tepung jagung

Cara-caranya:

1. Kisar kering cili bersama bawang putih yang dipotong kasar. Pastikan hasil kisaran tidak terlalu lumat sehingga semua bahan hancur (rujuk gambar).

Sumaiyyah Abdullah/Facebook

Sumaiyyah Abdullah/Facebook

2. Masukkan air, gula, garam, cuka dan sos ikan di dalam periuk.

Sumaiyyah Abdullah/Facebook

3. Kemudian, masukkan cili kisar sebentar tadi.

\

Sumaiyyah Abdullah/Facebook

4. Masakkan bahan dengan menggunakan api sederhana besar sehingga menggelegak.

Sumaiyyah Abdullah/Facebook

5. Seterusnya, tambahkan tepung jagung yang telah dicampur dengan sedikit air. Tujuannya adalah untuk memekatkan sos.

6. Ketepikan sos sehingga sos sejuk.

Sumaiyyah Abdullah/Facebook

7. Masukkan sos ke dalam botol dan sos sedia untuk dihidang.

Sumaiyyah Abdullah/Facebook

Selamat mencuba!

Sumber: Sumaiyyah Abdullah/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular