Rasanya, anak muda sekarang tidak sama seperti dahulu. Remaja perempuan ketika dahulu sangat mahir menjahit pakaian, untuk kegunaan sendiri mahupun untuk pelanggan.

Keadaan ini berbeza pada masa kini di mana rata-rata remaja hanya perlu meminta duit daripada ibu bapa untuk membeli pakaian, apatah lagi pakaian istimewa untuk sesuatu majlis atau pesta. Namun, seorang remaja berusia 17 dari Filipina ini membuktikan sebaliknya.

Ciara Gan baru-baru ini membuktikan kepada orang ramai bahawa dirinya mampu menghasilkan sendiri gaun yang cantik, setanding dengan gaun yang dijual di kedai. Ciara telah mereka dan menjahit gaun untuk dipakai ketika majlis tarian sempena graduasinya.

@ciaragan|Twitter

Dia yang telah menamatkan pengajian di sekolah menengah tinggi, difahamkan sememangnya gemar melakukan sesuatu yang baru dan kali ini dia telah membawa kreativitinya ke peringkat yang lebih tinggi!

Hasilnya, gaun hijau yang dibuat oleh Ciara amat anggun dan elegan, dan ditambah lagi dengan perincian lukisan bunga lili yang sedang mekar. Apa yang menariknya adalah lukisan tersebut dilukis sendiri oleh Ciara dan turut dibantu oleh ibunya!

@ciaragan|Twitter

“Saya buat dan lukis bunga lili pada gaun saya. Saya lukis sebanyak 80 kuntum bunga dan menampal batu padanya. Ia direka dan dijahit sendiri oleh saya, dan sedikit bantuan daripada ibu saya,” cerita Ciara.

Dia kemudian telah berkongsi gambar gaun hasil ciptaannya itu di laman Twitter dan ia dengan segera tular – menerima 382,000 like dan 82,000 komen.

Rata-rata pengguna lain memuji usaha dan kesungguhannya. Menurut Ciara, dia mahukan gaun berkenaan seakan mewakili minat dan personalitinya.

“Saya sangat sukakan bunga lili sejak dahulu lagi. Jadi, saya mahu gaun saya itu menjadi manifestasi terhadap diri saya, seperti warna hijau dan warna-warna lain yang menjelaskan siapa saya sebenarnya,” tambahnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by CIARA GAN (@ciaraganart) on

Ciara kemudian menjelaskan proses menghasilkan gaun berkenaan mengambil masa selama 6 minggu. Dia menghabiskan masa sebulan untuk mengenalpasti konsep dan menyediakan lakaran untuk gaunnya.

@ciaragan|Twitter

Kemudian, beberapa minggu diambil untuk menjahit dan melukis bunga padanya.

@ciaragan|Twitter

Ciara difahamkan bakal melanjutkan pengajiannya dalam bidang Sarjana Muda Sains Pengurusan Sistem Informasi di Universiti Ateneo de Manila kelak.

Sumber: ABS-CBN News@ciaragan|Twitter

Maybe you're interested :

Share

Video Popular