Gabriella baru berusia 4 tahun tetapi telah menjadi bintang YouTube terbaik Britain menerusi saluran popular, Toys and Little Gaby bersama abangnya Alex yang berusia 5 tahun dan saluran ini mempunyai lebih daripada 11 juta pelanggan dengan 3 bilion tontonan.

Saluran Toys and Little Gaby telah dibuka dan diuruskan oleh ibu mereka Sabine, 28 tahun sejak tiga tahun yang lalu, yang merakamkan video keseronokan bermain olok-olok bersama-sama, cabaran kanak-kanak, bermain permainan kanak-kanak dan pelbagai aktiviti berbentuk pendidikan yang lain.

The Sun UK

Video paling popular mereka setakat ini ialah ‘Bath Song Nursery Rhymes for Kids’, yang telah dimuat naik pada bulan Ogos tahun lalu, memperlihatkan kanak-kanak di dalam tab mandi sedang mandi dan bermain sambil memakai pakaian renang.

Duo adik beradik ini yang tinggal di utara England, mencuci rambut dan wajah mereka sambil bermain dengan permainan dan alatan mandi serta menyanyikan lagu kanak-kanak popular, telah mendapat lebih 380 juta tontotan dari seluruh dunia.

Pada minggu ini, saluran Toys and Little Gaby telah disenaraikan sebagai saluran YouTube nombor satu di Britain yang mengalahkan 23 juta saluran lain untuk mendapatkan gelaran itu.

Toys and Little Gaby / YouTube

Toys and Little Gaby mengikuti perjalanan dan keceriaan kedua adik beradik ini ketika mereka bermain dengan permainan baru, dan menawarkan lebih banyak pelanggan berbanding saluran lain seperti CBeebies dan Cartoon Network.

Sabine, yang berasal dari Latvia dan bekerja sepenuh masa dalam menguruskan saluran tersebut berkata: “Semasa mereka masih kecil, anak-anak saya suka menonton video YouTube, dan kami berfikir untuk mencubanya secara suka-suka.”

Sabine mengesahkan pendapatan dari video itu sekitar RM5 juta (£1 juta) pada tahun ini, tetapi tidak akan mendedahkan jumlah pendapatan terkini mereka.

The Sun UK

Nampaknya keluarga ini akan menaik taraf rumah pinggir bandar sederhana mereka tidak lama lagi selepas cek gaji berjuta-juta akan dibayar kepada mereka.

Melihat kepada angka untuk saluran itu, yang dianggap telah melonjak dengan mendadak berkat daya tarikan kanak-kanak kecil yang suka menonton orang lain bermain atau bercakap mengenai permainan yang tidak pernah berkesudahan.

Video seperti ini akan membuat anak-anak kecil menjadi ketagih di mana ahli akademik menggelarkan mereka sebagai ‘toddler crack’, dengan beribu-ribu malahan berjuta kanak-kanak akan membuka saluran YouTube untuk menonton kesemua episod hampir setiap hari.

The Sun UK

Berita baik untuk Sabine dan keluarganya yang menjadi bintang terbaru hanya beberapa bulan selepas Ryan Toys Review dinamakan sebagai saluran YouTube  yang mendapat pendapatan paling tinggi pada tahun 2018.

Seperti Toys and  Little Gaby, ia memperlihatkan Ryan dari Texas yang baru berusia 7 tahun bermain dengan Lego, kereta api dan kereta sehingga memperolehi pendapatan RM91.5 juta (£17 juta) dalam setahun.

Sumber : The Sun UK, Sinchew Daily

Maybe you're interested :

Share

Video Popular