Mengemas rumah adalah tugas hakiki isteri sesuai dengan jawatan pengurus rumah tangga yang dipangku selepas bergelar isteri.

Tidak kira sebagai wanita itu bekerjaya atau suri rumah, tugas tersebut adalah keutamaan bagi seorang isteri.

Namun, mengurus rumah memerlukan peralatan yang mencukupi supaya tugasan yang dibuat lebih mudah sekali gus menjimatkan masa lebih-lebih lagi bagi yang bekerjaya.

Baru-baru ini, menjadi tular seorang isteri memuat naik beberapa jenis gambar peralatan elektrik moden yang dimuat naik di Twitter miliknya selepas suaminya menghadiahkan barangan berkenaan.

Menerusi laman sosial wanita muda itu berkongsi tentang ganjaran yang diperoleh daripada suaminya  selepas mencapai KPI sebagai seorang isteri.

Perkongsian tersebut berjaya mencuit hati netizen dan menganggap bahawa tindakan suaminya itu memang perlu dilakukan oleh ramai lelaki yang bergelar suami.

Tweet tersebut telah meraih lebih 4 ribu ulang kicau  ketika artikel itu ditulis.

Hadiah tersebut mungkin mencecah ribuan ringgit namun nilai yang besar itu seharusnya tidak boleh di tukar ganti dengan pengorbanan seorang isteri.

Antara hadiah yang diberikan termasuk penyedut hampagas, seterika,pengemop lantai.

Bagaimanapun, wanita itu akhirnya mendedahkan ‘hadiah’ itu bukanlah berdasarkan KPI tapi sebagai tanda kasih suaminya, dan dirinya bukan seorang suri rumah sepenuh masa.

Namun perkongsian tersebut mengundang rasa seronok netizen dan cemburu dengan sikap prihatin suami muda berkenaan dan patut dicontohi lelaki lain di luar .

Sumber: Twitter | fazlinazhran

 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular