Pelbagai usaha perlu dilakukan untuk menurunkan berat badan. Kita bukan sahaja perlu menjaga pemakanan tetapi juga melakukan aktiviti fizikal.

Namun begitu, masih terdapat ramai individu yang sukar untuk memberi komitmen dalam proses menurunkan berat badan.

Bagaimanapun, seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai __syarmineisa telah berkongsi perjalanannya dalam mengurangkan hampir 30kg dalam masa lebih setahun disebabkan kecewa dalam percintaan!

Daripada memiliki berat badan sebanyak 84kg, __syarmineisa kini hanya seberat 58kg sahaja dan perubahan ini benar-benar membuatkan penampilannya kelihatan begitu berbeza!

Ramai netizen yang terinspirasi dengan kesungguhan gadis ini dalam menurunkan berat badan. Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian tersebut mendapat hampir 17,000 retweet  dan 28,528 jumlah like di Twitter.

Dia turut mengongsikan beberapa tips pemakanan yang diamalkannya untuk kekal langsing. Menurut __syarmineisa, dia tidak mengikut sebarang rancangan diet seperti keto mahupun atkins. Malah, dia juga tidak pernah ke gimnasium.

“Minum banyak air mineral. Tak makan atau minum benda manis melainkan datang dari buah. Saya tak buat diet atkins. Sarapan itu wajib, biasanya saya memakan buah dan sayur, tengahari makan nasi tetapi sedikit sahaja. Makan malam pula sama seperti sarapan.”

Berikut merupakan senarai hidangan yang diamalkan oleh __syarmineisa setiap hari…

  • Sarapan – Epal hijau, tomato dan susu soya
  • Makan tengahari – Nasi (jumlah kecil), telur (goreng atau rebus) dan sambal
  • Makan malam – Epal hijau, pisang, tomato (sebelum jam 8 malam)
  • Snek – Kismis, biskut dan mentega kacang
  • Mineral – 3 liter setiap hari

“Saya bersenam setiap hari, 500 kali lompat tali, cabaran senaman 30 hari menerusi aplikasi telefon. Saya meluangkan masa selama dua jam setiap hari. Saya langsung tiada cheat day dalam tempoh 5 bulan. Saya bersenam 6 hari seminggu. Saya sangat menjaga dan mengawal pemakanan saya.”

Jelas __syarmineisa lagi, dia nekad untuk menguruskan badan kerana ‘letih menjadi gemuk’ dan teringin untuk menggayakan pakaian yang cantik.

“Setiap hari saya berkata kepada diri sendiri, sampai bila nak jadi gemuk pemalas?”

Sumber: Syarmineisa

Maybe you're interested :

Share

Video Popular