Hari perkahwinan merupakan saat di mana hidup anda berubah dan ia seharusnya dinikmati dan diingati sampai bila-bila.

Jadi, bagi memastikan semuanya berjalan dengan lancar, perlu ada kerjasama yang baik antara pasangan pengantin, keluarga dan sahabat handai, selain rencana bagi melancarkan majlis berkenaan.

Pada ketika ini, pernahkah anda terfikir bagaimanakah cara untuk anda ke tandas jika ingin membuang air kecil mahupun besar dengan gaun pengantin yang sarat dan kembang itu? Tidak mungkin anda perlu membuka pakaian sebelum ke tandas? Rumit betul!

Perkara sebegini sebenarnya sudah difikirkan oleh seorang wanita British bernama Tina, dan dia mendapati bahawa isu berkenaan boleh diselesaikan dengan adanya beg IKEA.

Dj Sweeby|Facebook

Ketika majlis perkahwinannya, juruhebah yang bertugas pada ketika itu ada berkongsi gambar Tina dengan cara bernasnya itu ke laman sosial, dan ia segera menjadi tular.

Dj Sweeby|Facebook

Dengan memotong dan membuat lubang pada dasar beg berkenaan, Tina kemudian hanya perlu menarik beg itu ke atas, sekaligus menyebabkan gaunnya turut terangkat ke atas. Tali beg tersebut juga disangkut pada kedua bahunya. Jadi, mudahlah untuk dia menggunakan tandas dan pastinya gaun tersebut tidak akan kotor terkena kotoran pada lantai.

Dj Sweeby|Facebook

“Saya baru sahaja berkahwin dan memilih untuk mengenakan gaun berpotongan duyung. Jadi, saya amat gusar jika mahu ke tandas dan mengalami masalah untuk menguruskannya. Tidak mungkin saya memerlukan seseorang untuk membantu dan melihat saya di tandas?

Apatah lagi tidak berupaya untuk menggunakan tisu tandas ekoran tangan saya memegang gaun? Ataupun lebih teruk, jika saya mengalami haid? Tidak! Walaupun terdapat pembantu di tandas untuk pengantin, namun ia amat mahal”, kata Tina.

Dj Sweeby|Facebook

“Cara saya ini hanya menelan belanja sekitar 0.80 euro (RM3.70) sahaja dan saya menyediakannya sehari sebelum majlis perkahwinan, hanya selama 3 minit sahaja. Apa yang paling saya suka adalah ia memudahkan saya menguruskan diri ketika majlis,” tambahnya lagi.

Cara bernas ini ternyata berguna untuk orang lain di luar sana dan ternyata rata-rata pengguna di laman media sosial turut memuji idea ini dan mereka turut mahu menggunakan idea ini kelak.

Sumber: BoredPandaDj Sweeby|Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona Ria

Video Popular