Pada bulan ini, Jabatan Perkhidmatan Teknikal dan Elektrik Hong Kong (EMSD) telah memberi amaran kepada orang ramai untuk berhenti menggunakan kelima-lima jenama dan model palam sambungan elektrik kerana ianya didapati tidak selamat digunakan.

Menurut laporan Bastille Post, wayar yang digunakan pada palam tersebut dipercayai lebih nipis berbanding dengan yang standard, lantas memudahkannya untuk menjadi terlebih panas apabila digunakan, seterusnya menyebabkan kebakaran.

Berikut merupakan jenama dan modelnya:

1. Jenama : Remax 
    Model : RU-S4

Bastille Post

2. Jenama : LDNIO 
     Model : SC3301

Bastille Post

3. Jenama : LDNIO
     Model : SC3604

Bastille Post

4. Jenama : Tidak Diketahui
     Model : ZGN-T06

Bastille Post

5. Jenama : Tidak Diketahui
     Model : ZGN-T08

Bastille Post

Selain wayar di dalamnya yang nipis, kesemua model berkenaan (kecuali Remax RU-S4) dilaporkan tidak dilengkapi dengan fius – bahagian yang memenuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan.

Oleh sebab itu, pihak berkuasa di Hong Kong telah menasihati orang ramai agar berhenti membeli dan menggunakan kod sambungan tersebut bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku.

Setelah berita ini tular di media sosial, masyarakat Malaysia umumnya sangat terkejut kerana produk sedemikian boleh didapati dengan mudah di negara ini menerusi platform jualan atas talian.

Sesetengah individu melahirkan rasa bimbang kerana mereka difahamkan menggunakan kod sambungan berkenaan malah ada juga yang berkongsikan bahawa mereka telah menggunakan model yang disenaraikan dalam tempoh yang agak lama namun tiada apa yang berlaku.

Seperti yang kita tahu, kod sambungan elektrik telah dikenalpasti sebagai bahaya kerana mudah terbakar dan penggunaannya telah dilarang di dalam sesetengah bangunan seperti di hospital dan sekolah di beberapa buah negara.

Jika anda perlu menggunakan kod sambungan, anda disarankan untuk menggunakan jenama dan model yang telah diluluskan oleh SIRIM.

Sumber: Bastille Post

Maybe you're interested :

Share

Video Popular