KOTA TINGGI: Polis Johor mengesahkan satu kebakaran berlaku di tapak projek Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan petrokimia (RAPID) di Pengerang.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah berkata, sehingga kini dua pekerja warga tempatan mengalami kecederaan ringan dan pekerja berkenaan  telah mendapat rawatan.

“Kebakaran yang berlaku 1.25 pagi berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira 2.15 pagi dengan kekuatan seramai 30 anggota serta lima kenderaan Bomba ERT Petronas Rapid,” katanya.

Memetik Utusan Online, lebih 10 rumah di Kampung Lepau, dekat Pengerang, di sini  mengalami kerosakan di siling dan dinding, dipercayai kesan daripada kejadian letupan.

Utusan Online

Menerusi video yang tular di media sosial, letupan itu dipercayai turut menyebabkan gegaran yang dapat dirasai sehingga ke Pasir Gudang.

.

Harian Metro/Youtube

Sementara itu, Exco Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti negeri, Jimmy Puah Wee Tse meminta penduduk di Kawasan tersebut supaya tidak perlu panik dengan insiden letupan berkenaan.

Menurutnya penduduk juga tidak perlu bimbang tentang kesan kimia ekoran kejadian kerana pihak Petronas telah mengesahkan bacaan kualiti adalah stabil.

Tegas Jimmy kerajaan negeri bersedia membantu penduduk yang terjejas bagi menuntuut kerugian daripada Petronas.

Sumber: Berita Harian, Kosmo!, Sinar HarianHarian Metro/Youtube, Petronas

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular