KUALA LUMPUR – Bagi kebanyakan pelajar, subjek matematik bukanlah merupakan satu subjek pilihan dan ianya sering dianggap sukar buat majoriti pelajar. Namun, perkara sebaliknya yang berlaku pada seorang pelajar bernama Yaashwin Sarawanan. Hal ini kerana, aspek nombor dan pengiraan ternyata bukanlah satu masalah buatnya.

Asia’s Got Talent|YouTube

Walaupun baru berusia 15 tahun, keupayaannya dalam mengendalikan pengiraan seperti ‘mesin kira’ amat memukau sesiapa sahaja yang menonton rancangan Asia’s Got Talent musim ke-3 baru-baru ini, sehinggakan dia dikenali sebagai ‘manusia kalkulator’.

Rancangan berkenaan melabuhkan tirainya pada musim ini dengan gelaran juara digondol oleh ahli silap mata dari Taiwan, Eric Chen yang berjaya mengagumkan para penonton dan juri dengan teknik dan muslihat silap mata yang digunakannya daripada jarak dekat.

Bernama WebTV|YouTube

Sebelum memulakan persembahan, Yaashwin menyerahkan kalkulator kepada Foster bagi memastikan pengiraan yang bakal dibuatnya tepat, sementara dua lagi pengacara program terbabit turut membuat pengiraan menggunakan kalkulator.

Yaashwin berjaya menjawab dengan tepat dan cepat semua soalan matematik, malah ada ketikanya dia terlebih dahulu memberikan jawapan sebelum sempat Foster selesai mengira menggunakan kalkutor.

“Ia di luar harapan saya untuk menduduki di dua teratas. Daripada 200 persembahan, ia rapat kepada sembilan dan hari ini saya hanya bersaing dengan Eric Chien,” katanya kepada Bernama.

Pelajar daripada SMK Bandar Tun Hussein Onn 2 ini menyertai kelas abakus dan aritmetik mental ketika dia berusia 7 tahun dan muncul sebagai juara dalam International Abacus and Mental Arithmetic Competition pada tahun 2017.

Dalam pada itu, satu lagi penyertaan dari Malaysia ke peringkat akhir iaitu kumpulan Nama, menduduki senarai tiga ke bawah bersama penari jalanan Junior Good Vibes dari Filipina dan penari “cry wheel”, Yang Shih Hao dari Taiwan.

Asia’s Got Talent|YouTube

Nyanyian harmoni daripada Nama berkenaan mencuri tumpuan semenjak pusingan saringan sehinggalah ke pentas akhir yang diadakan di Singapura tersebut. Rancangan berkenaan diadili oleh 3 juri tetap profesional dalam industri seni, iaitu David Foster, Anggun Cipta Sasmi dan Jay Park.

Asia’s Got Talent/Youtube

Sumber: BERNAMAAsia’s Got Talent/Youtube

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular