Malaysia Airlines (MAS) baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka tidak lagi menyediakan bagasi daftar masuk percuma untuk penerbangan domestik yang paling murah iaitu Economy Lite berkuat kuasa sejak 8 April 2019.

Dalam satu kenyataan di laman sesawang mereka, Malaysia Airlines mendedahkan bahawa pengembara atau penumpang dengan keahlian Enrich Blue tidak lagi berhak untuk mendapat sebarang elaun bagasi daftar masuk percuma.

Walau bagaimanapun, mereka masih mempunyai Bagasi Kabin percuma atau bagasi yang dibawa oleh tangan dengan elaun sehingga 7 kilogram pada Economy Lite.

New Straits Times / Gambar Hiasan

Untuk pengetahuan anda, Enrich adalah program keahlian oleh Malaysia Airlines di mana ahli yang kerap menggunakan servis dan penerbangan MAS akan menikmati beberapa ganjaran gaya hidup.

Apabila penumpang memasuki keahlian buat pertama kali, mereka akan menerima kad Enrich Blue dan dengan perjalanan biasa yang kerap, mereka boleh menaik taraf ke peringkat Enrich Elit – Enrich Perak, Enrich Emas dan Enrich Platinum.

Selain itu, Malaysia Airlines dalam Economy Lite tidak lagi menawarkan sebarang diskaun untuk kanak-kanak, servis tempahan semula juga tidak disediakan dan mereka juga tidak lagi menyediakan polisi bayaran balik.

Malaysia Airlines

Namun begitu, bagi mereka yang memiliki keahlian Enrich Elit dengan keahlian Perak, Emas dan Platinum masih mempunyai elaun bagasi daftar masuk percuma bagi penerbangan domestik murah Economy Lite. Berat bagasi daftar masuk percuma pada Economy Lite untuk ahli Enrich Elit tersenarai seperti di bawah :

  • Perak – 5kg
  • Emas – 10kg
  • Platinum – 15kg

Anda juga boleh melihat jadual Elaun Bagasi Percuma (FBA) yang telah disemak semula untuk para pelanggan :

Malaysia Airlines

Walau bagaimanapun, para penumpang yang mengambil penerbangan antarabangsa menggunakan Malaysia Airlines masih boleh menikmati FBA dan juga mendapat hak bagasi tambahan bagi ahli Enrich Elit.

Malay Mail / Gambar Hiasan

Jadi, sekiranya anda mengenali sesiapa yang sering melakukan penerbangan melalui Malaysia Airlines bagi perjalanan domestik, jangan lupa untuk berkongsi informasi elaun bagasi percuma yang telah disemak semula ini.

Sumber : Malaysia Airlines , World of Buzz

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES Ekonomi NASIONAL

Video Popular