Ketika era serba moden ini, persaingan khasnya dalam aspek perniagaan amatlah hebat. Untuk lebih dikenali dan berjaya, seseorang itu hendaklah menggunakan daya kreativiti dan perlu berinovatif dalam perniagaan.

Hal ini kerana sesuai dengan peredaran masa, cita rasa dan keinginan masyarakat juga sangat dinamik dan sering berubah-ubah. Jadi, sesuatu harus dilakukan untuk memenuhi keinginan para pelanggan yang mahukan kelainan.

Baru-baru ini, tular satu kisah suri rumah yang menggunakan teknik penghantaran produk jualannya, iaitu kentang berkeju ataupun lebih dikenali sebagai ‘cheesy wedges’ dengan begitu kreatif – menggunakan tali dan bakul.

Terdapat juga video yang dikongsi oleh anak kepada suri rumah berkenaan ke laman Twitter, di mana cara penghantaran berkenaan menerima pujian daripada netizen.

Difahamkan bahawa wanita yang berniaga tersebut merupakan suri rumah tangga sepenuh masa selain menjadi pengasuh untuk anak rakan-rakannya. Antara makanan yang dijual adalah kentang berkeju dan makaroni keju.

Perniagaan secara kecil-kecilan itu dijalankan bagi mendapat pendapatan sampingan dan apa yang menariknya, oleh kerana peniaga itu tinggal di pangsapuri, maka agak rumit juga untuk menghantar makanan kepada para pelanggannya di tingkat bawah.

Maka, dia mendapat idea untuk menggunakan bakul yang diikatkan dengan tali dan hanya perlu menurunkan makanan yang dipesan pelanggan di dalam bakul ke bawah. Jadi, tidak perlulah dia berpenat untuk menggunakan tangga.

Para pelanggan juga difahamkan akan meletakkan duit di dalam bakul yang sama setelah makanan tersebut diambil. Ternyata cara sebegini amat berkesan dan bijak kerana ia sebenarnya dapat menjimatkan masa selain tenaga si penjual dan pembeli.

Semoga perniagaan suri rumah ini akan lebih maju selepas ini. Bagi mereka yang ingin merasai makanan yang dijual, bolehlah memesan seperti yang tertera di bawah:

Sumber: @nadeeeeeeya|Twitter

Maybe you're interested :

Share

Video Popular