Baru-baru ini (April 2019), seorang guru menghadiri majlis makan malam perkahwinan pelajarnya dan dia membawa hadiah yang jauh lebih bernilai daripada apa yang diterima oleh pasangan baru pada malam itu.

Dia telah membawa surat cinta yang telah dirampasnya dari pengantin lelaki beberapa tahun yang lalu ketika di sekolah menengah dan mengembalikannya di atas pentas di hadapan semua tetamu, menurut China Press.

CP network 3|YouTube

Inilah yang dikatakan oleh guru tersebut kepada pasangan pengantin tersebut ketika berada di atas pentas:

“Saya telah merampas surat cinta anda ketika anda masih sekolah menengah. Saya sebenarnya mahu mengembalikannya kepada anda selepas tamat pengajian. Malangnya, saya agak terlambat untuk memulangkan semula surat itu.”

Rupa-rupanya, guru tersebut telah menyimpan surat itu dan menunggu peluang untuk memulangkan kembali kepada pasangan itu. Akhirnya, dia mendapat peluang untuk memulangkan surat  cinta tersebut apabila dia dijemput menghadiri majlis perkahwinan mereka.

Ucapan guru tersebut yang tulus juga menjadi tular di media sosial dan ramai yang tersentuh dengan ucapan guru tersebut yang begitu menyentuh perasaan.

“Walaupun guru ini tidak mempunyai pertalian darah dengan pelajarnya, dia masih ingin melihat mereka bersama dan berjaya di masa depan. Seorang guru yang sangat mulia,” kata seorang netizen.

Tonton ucapan guru tersebut dalam video di bawah:

Sumber: China PressCP network 3|YouTube

 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular