Salah satu ciptaan yang paling berguna pada masa ini adalah ketuhar gelombang mikro. Teknologi ini sangat membantu semua pengguna dan begitu mudah dan ringkas untuk digunakan.

Sama ada anda terlambat untuk bekerja atau anda terlalu malas untuk memasak, makanan yang cepat panas dan ringkas sudah cukup untuk memuaskan perut kosong anda.

Walau bagaimanapun, walaupun dengan ketuhar gelombang mikro yang paling maju dan canggih, tetap ada kelemahan atau batasan tertentu dalam cara kita menggunakannya.

Berikut adalah 10 perkara yang harus anda elakkan dari diletakkan di dalam ketuhar gelombang mikro untuk mencegah kerosakan atau kecederaan serius.

#1 Tidak meletakkan apa-apa

On Time Appliance Repair Service

Ketuhar gelombang mikro berfungsi dengan memberi tumpuan kepada gelombang haba ke arah objek. Sekiranya ketuhar gelombang mikro dibiarkan kosong, tidak ada apa-apa objek yang boleh dipanaskan dan ketuhar gelombang mikro akan memanaskan alat elektronik itu sendiri. Tindakan ini boleh menyebabkan kerosakan atau letupan.

#2 Beg kertas

vietbao

Beg kertas tertentu dihasilkan dengan plastik untuk mengelakkan kelembapan mengoyakkan beg kertas itu. Oleh itu, jika dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro, plastik boleh mencair dan tindakan ini akan menyebarkan asap beracun dan bahkan boleh terbakar.

#3 Kepingan atau kerajang aluminium

Good Times

Aluminium adalah sejenis logam. Logam dan haba adalah musuh yang tidak seharusnya menjadi mainan. Medan elektromagnet di dalam ketuhar gelombang mikro boleh menyebabkan percikan api yang menyebabkan kebakaran apabila bersentuhan dengan kerajang aluminium.

#4 Sos yang tidak bertutup

myrecipes

Ini mungkin tidak berbahaya. Tetapi kesannya anda perlu menghabiskan masa untuk membersihkan semula ketuhar gelombang mikro anda. Haba akan menyebabkan sos berkembang dan jika sos tidak ditutup, maka sos itu cenderung untuk bertebaran di sekeliling permukaan ketuhar gelombang mikro anda.

#5 Cili

healthimpact

Secara literalnya, cili boleh dibakar. Sekiranya cili tidak terbakar, haba akan menyebabkan cili melepaskan bahan kimia. Bahan kimia ini boleh memedihkan mata apabila anda membuka pintu ketuhar gelombang mikro. Tahap kepedihannya sama seperti semburan lada.

#6 Bekas mentega

pinterest

Kebanyakan bekas yang digunakan untuk menyimpan produk tenusu seperti mentega atau yogurt tidak cukup padat untuk menahan paras haba yang tinggi. Plastik mungkin akan mencair dan mencemarkan makanan di dalamnya. Dan seperti yang telah disebutkan, plastik boleh dengan mudah menangkap api.

#7 Styrofoam

yelp

Styrofoam sangat toksik walaupun dalam suhu bilik. Bahan ini mudah mencair di bawah suhu tinggi dan akan menjejaskan makanan anda. Sesetengah kajian telah menyarankan bahawa styrofoam boleh melepaskan toksin yang menyebabkan kanser.

#8 Cawan kembara (travel mug)

immug

Cawan kembara tertentu diperbuat daripada keluli tahan karat. Seperti yang sudah anda ketahui, keluli adalah sejenis logam dan oleh itu, tidak sesuai untuk ketuhar gelombang mikro.

#9 Anggur

Good Times

Jika anda telah memberi perhatian dalam kelas sains, anda akan tahu bahawa air akan mengembang dalam suhu tinggi. Air di dalam buah tidak mempunyai ruang untuk melepaskan diri dan akan menyebabkannya meletup.

#10 Daging beku

simplyhealthfamily

Memasak daging beku secara langsung di dalam ketuhar gelombang mikro adalah berisiko tinggi. ‘Memasak’ daging beku di dalam ketuhar gelombang mikro tidak akan memastikan daging telah dimasak secara sama-rata. Daging yang tidak cukup masak juga akan mengakibatkan penyebaran bakteria yang boleh mengakibatkan keracunan makanan. Adalah lebih baik untuk menyahbekukan daging terlebih dahulu.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular