Kentang adalah salah satu sumber karbohidrat yang baik dan lazim digunakan di seluruh dunia. Selain daripada menjadi sumber pemakanan yang baik, kentang juga mempunyai rasa yang sedap walau apa jua cara masakan yang digunakan.

Harvard School of Public Health

Walau bagaimanapun, kentang yang sudah bercambah (seperti gambar di bawah) adalah kentang yang sudah tidak berada dalam keadaan yang baik dan tidak seharusnya dimakan. Hal ini adalah kerana cambahan akar yang keluar daripada kentang tersebut mengandungi toksin yang dipanggil solanine.

BLdaily

Oleh sebab itulah, kentang yang sudah bercambah tidak seharusnya dimakan kerana boleh menyebabkan keracunan makanan jika dimakan dalam kuantiti yang banyak.

Tetapi, kentang yang sudah bercambah ini masih boleh digunakan untuk perkara-perkara lain. Jadi, tidak berlaku pembaziran sekiranya anda tidak sengaja membiarkan kentang dalam masa yang lama.

Antara beberapa fungi kentang yang sudah bercambah adalah seperti yang berikut:

1. Untuk mengekalkan tahap kesegaran dan rasa roti

BLdaily

Roti mudah kering di dalam peti sejuk dan mudah berkulat jika disimpan di dalam suhu bilik dalam jangka masa yang lama. Anda boleh cuba memotong dua keping kentang dan letakkannya di bahagian bawah bekas, dan kemudian tutup penutup bekas roti tersebut. Kesannya, roti tidak akan kering atau berkulat dalam masa yang singkat, dan anda boleh mengekalkan rasa segar roti itu.

2. Menghilangkan kesan minyak dari sinki

BLdaily

Sinki pencuci pinggan begitu mudah untuk menjadi kotor kerana kesan minyak pada pinggan yang telah digunakan. Cara untuk menghilangkan kesan minyak ini adalah dengan mengelap kulit kentang yang sudah bercambah ke permukaan sinki selepas anda selesai membasuh semua pinggan mangkuk. Hasilnya, anda akan mendapat sinki yang bersih dan licin!

3. Alat membersihkan peralatan perak

BLdaily

Anda bimbang kerana peralatan perak anda kelihatan semakin kusam? Rebuskan beberapa keping kentang di dalam air soda, kemudian ambil air rebusan dan kepingan kentang tadi dan lapkan permukaan peralatan perak anda secara perlahan-lahan.

4. Untuk membersihkan permukaan cerek

BLdaily

Apabila cerek atau teko telah digunakan untuk masa yang lama, bahagian permukaan luarnya cenderung untuk menjadi kotor dan kekuning-kuningan. Masukkan kulit kentang yang telah dipotong ke dalam air panas dan masak selama satu jam. Haba yang dikeluarkan dan dicampur dengan kentang itu tadi akan menghilangkan kesan degil di permukaan cerek.

5. Untuk membersihkan cawan yang sukar untuk dibersihkan

BLdaily

Cawan yang berbentuk panjang atau botol sempit adalah sukar untuk dibersihkan. Walaupun dengan menggunakan berus panjang, kekotoran tetap sukar untuk dibersihkan sepenuhnya. Masukkan sedikit air dan 4-5 keping kentang ke dalam cawan termos dan goncangkannya ke atas dan ke bawah selama 30 saat. Hasilnya, cawan anda menjadi bersih!

6. Untuk membersihkan sinki seramik

BLdaily

Selain daripada mempunyai pelbagai fungsi yang menarik yang telah dinyatakan, kulit kentang juga boleh digunakan untuk membersihkan sinki seramik yang lazimnya diletakkan di dalam bilik mandi. Selepas ini, tiada lagi kesan-kesan sabun mandian dan ubat gigi di sinki!

Selamat mencuba!

Sumber: BLdaily

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular