Semua lukisan yang dilukis oleh kanak-kanak sudah pasti menggunakan daya imaginasi mereka. Kebiasannya, mereka akan menggunakan sama anda sedikit atau terlalu banyak warna dalam satu-satu lukisan yang mereka hasilkan.

Bagi sesetengah ibu bapa yang menghargai hasil seni dan usaha yang ditunjukkan anak-anak mereka, mereka lazimnya akan menggantungkan hasil seni warna warni anak mereka itu ke dinding ataupun lekatkan di peti ais. Namun, bukan itu sahaja yang boleh dilakukan.

budsies

Hal ini kerana pada ketika ini, inovasi memainkan peranan penting di dalam kehidupan manusia. Maka tidak hairanlah jika ada syarikat yang memulakan idea menukarkan lukisan kanak-kanak kepada patung lembut sebenar yang sama seperti apa yang dilukiskan itu.

Budsies ditubuhkan pada tahun 2013 oleh Alex Furmansky yang mendapat ilham daripada hasil lukisan adik perempuannya. Setelah melihat lukisan adiknya, Michelle menyelimutkan patungnya di katil pada waktu tidur, dia mula berfikir, “Apa kata jika saya tukarkan lukisannya kepada patung lembut yang boleh menemaninya sampai bila-bila?”.

Ia menyebabkan Alex meminjam hasil lukisan adiknya, iaitu lukisan makhluk seakan-akan anjing kepada patung. Pada mulanya, kebanyakan pesanan yang dibuat adalah berdasarkan lukisan kanak-kanak, lakaran dan kerja seni yang lain.

“Kini, kita melihat segala-galanya, daripada lukisan pertama kanak-kanak, kepada karakter yang lebih terperinci, watak di dalam buku, maskot pasukan olahraga dan banyak lagi. Idea ini tidak terbatas dan itulah yang membuatkan Budsies begitu istimewa”, jelas wakil syarikat tersebut.

Mari lihat hasilnya:

#1.

Budsies|Instagram

#2.

Budsies|Instagram

#3.

Budsies|Instagram

#4.

Budsies|Instagram

#5.

Budsies|Instagram

#6.

Budsies|Instagram

#7.

Budsies|Instagram

#8.

Budsies|Instagram

#9.

Budsies|Instagram

#10.

Budsies|Instagram

#11.

Budsies|Instagram

#12.

Budsies|Instagram

#13. 

Budsies|Instagram

#14.

Budsies|Instagram

#15.

Budsies|Instagram

 

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular