Seorang jurugambar dokumentari Bangladesh bernama GMB Akash memfokus subjek hasil seninya kepada kehidupan seharian orang awam, yang bukan sahaja boleh berkomunikasi dengan mereka, malahan dapat memahami kisah disebalik kehidupan mereka. Setiap subjek protagonis yang diambil menghasilkan potret yang amat indah dengan wajah penuh kejujuran. Akash telah memenangi lebih daripada 100 anugerah fotografi pada peringkat antarabangsa setakat ini, dan hasil kerjanya sering diterbitkan di peringkat antarabangsa seperti majalah National Geographic, Vogue, Time dan Der Spiegel.

Baru-baru ini, Akash berkongsi gambar potret diri seorang ayah di Facebook. Bapa ini tidak pernah berpeluang untuk bersekolah. Setiap hari, dia berjuang dan bergelut untuk mencari wang yang mencukupi dengan harapan 4 orang anak perempuannya berpeluang menerima pendidikan sempurna.

Brent Stirton/Getty Images / Gambar Hiasan

Inilah adalah kisah seorang bapa dan anak-anak perempuannya yang diberitahu kepada seorang jurugambar :

Saya tidak pernah memberitahu anak-anak apa yang saya lakukan. Saya tidak mahu mereka berasa malu dengan saya. Apabila anak bongsu saya bertanya pekerjaan apa yang saya dilakukan, saya menjawabnya dengan nada teragak-agak dan hanya berkata kepadanya bahawa saya hanya seorang buruh.

Setiap hari sebelum pulang, saya akan mandi di tandas awam, dan mereka tidak dapat meneka apa yang saya lakukan. Saya mahu menghantar kesemua anak perempuan saya ke sekolah. Saya berharap mereka boleh berdiri di hadapan orang lain dengan bermaruah. Saya tidak mahu sesiapa pun memandang rendah kepada mereka, sama seperti mana orang lain memandang saya, dengan pandangan yang memalukan.

Spencer Platt/ Getty Images / Gambar Hiasan

Saya menyimpan setiap sen yang saya hasilkan, dan berharap mereka boleh pergi ke sekolah untuk menerima pendidikan. Saya tidak pernah membeli baju baru, tetapi menggunakan wang simpanan itu bagi membeli buku untuk mereka. Saya hanya berharap bahawa mereka boleh membawa kembali kepada saya satu perkara iaitu rasa hormat. Saya ini seperti sebuah lori sampah, bekerja mengangkut sampah.

Satu hari, saya tidak dapat menyediakan yuran pengajian yang mencukupi pada hari sebelum tarikh tamat kemasukan pengajian anak perempuan saya. Saya tidak dapat bekerja pada hari itu. Saya duduk di sebelah sampah dan cuba untuk tidak menitiskan air mata daripada jatuh berlinangan.

Semua rakan sekerja memandang saya, tetapi tiada siapa yang berani datang untuk bercakap dengan saya. Saya berasa gagal dan hati berasa luluh. Saya tidak tahu bagaimana untuk berdepan serta bertentang mata dengan anak perempuan saya, apabila nanti dia pulang ke rumah dan meminta wang tuisyennya daripada saya.

The Daily Star / Gambar Hiasan

Saya dilahirkan untuk menjadi miskin. Saya sudah biasa mempercayai bahawa orang miskin tidak akan menemui perkara yang baik. Selepas waktu kerja, semua pembersih datang kepada saya, duduk di sebelah saya dan bertanya sama ada kami semua adalah bersaudara. Sebelum saya menjawab, mereka memberi kepada saya semua pendapatan mereka pada hari itu.

Saya mahu menolak kebaikan rakan-rakan, tetapi kemudian mereka berkata, “Jika kamu lebih memerlukannya, kami semua boleh berlapar pada hari ini. Dan anak perempuan kamu mesti pergi ke universiti.” Saya tidak tahu apa yang harus saya katakan. Saya tidak mandi pada hari itu dan terus pulang ke rumah sebagai pembersih sampah.

Hari ini anak perempuan sulung saya akan lulus dari pengajian di universiti tidak lama lagi, dan dia melakukan kerja sambilan sementara menghabiskan pengajian. Tiga anak perempuan yang lain tidak membenarkan saya keluar bekerja, tetapi mereka masih mempunyai yuran pengajian untuk dibayar. Anak sulung saya sering pergi bekerja di tempat yang sama di mana saya juga bekerja. Dia selalu menjemput saya untuk makan bersama dengan kesemua rakan sekerja saya.

Daily Asian Age / Gambar Hiasan

Rakan-rakan ini akan ketawa dan bertanya kepadanya mengapa dia kerap membawa sesuatu untuk mereka makan. Anak perempuan saya memberitahu mereka: “Anda semua pernah berlapar untuk saya pada hari itu, saya mempunyai segala-galanya pada hari ini, maka berdoalah untuk saya, dan biarkan saya memberi makan kepada kamu semua setiap hari.”

Sekarang saya tidak lagi berasa bahawa saya seorang lelaki miskin. Dengan kurniaan anak-anak perempuan seperti ini, bagaimanakah seseorang itu masih boleh mengatakan bahawa dirinya seorang yang miskin?

Inilah adalah pandangan Idris dan kisahnya yang disiarkan oleh GMB Akash di halaman Facebook peribadinya.

GMB Akash / Facebook

Kadang-kadang kita mudah terlupa akan pengorbanan ibu bapa untuk anak-anak mereka. Walaupun Idris berasa dia seorang ayah yang sering tidak dihormati, namun hakikat sebenarnya dia adalah wira kehidupan dan pahlawan sejati. Maka Idris amat bersyukur mempunyai seorang anak perempuan yang berhati mulia dan kualitinya bukan sekadar memperolehi pendidikan dari sebuah universiti.

Sumber : GMB Akash/Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular