CALIFORNIA – Seorang pemandu Uber, Jackie Gordon Wilson, 38 tahun, telah ditahan setelah disyaki cuba memecah masuk sebuah rumah di Sacramento setelah dia selesai menurunkan penumpang di lapangan terbang pada 4 April lalu.

San Mateo Police Department

Menurut polis, aksi Wilson dirakamkan oleh kamera pengawasan apabila dia kembali ke rumah penumpangnya itu untuk memecah masuk. Namun, usaha Wilson digagalkan oleh penggera yang berbunyi menyebabkan dia memutuskan untuk memecah masuk rumah lain yang berdekatan.

Wilson kemudiannya ditahan di atas pelbagai dakwaan. Seorang pegawai daripada Jabatan Polis San Mateo berkata bahawa Wilson kembali ke perumahan di Rand Street di San Mateo selepas membawa penumpang yang juga merupakan pemilik rumah tersebut ke lapangan terbang.

“Kamera pengawasan di Rand Street menunjukkan bahawa Wilson membuat percubaan untuk memecah masuk rumah pemilik yang juga merupakan penumpangnya sebelum itu,” jelas polis. Rakaman tersebut turut menunjukkan bahawa suspek kelihatan seperti Wilson itu lengkap memakai sarung tangan dan mengintai di hadapan rumah.

Ring.com

Selain daripada itu, suspek turut berjalan menjauhi rumah berkenaan. “Dia cuba untuk memecah masuk rumah berkenaan namun harus mematahkan hasrat setelah penggera berbunyi,” jelas polis lagi. Wilson juga pergi ke rumah yang berada tidak jauh daripada rumah pertama dan bertindak memecah masuk.

Pihak polis yang bertanggungjawab menerima panggilan rompakan kemudian mendapati bahawa rumah berkenaan sudah digeledah sepenuhnya dan beberapa barang telah dicuri.

Ring.com

Rumah yang dipecah masuk tersebut difahamkan turut dilengkapi dengan sistem keselamatan berkamera dan pemiliknya turut berkongsi rakaman insiden berkenaan kepada aplikasi platform kes pecah masuk, di mana dia tidak lama kemudian mendapati bahawa suspek merupakan pemandu Uber yang membawa seorang penduduk kejiranan tersebut ke lapangan terbang.

Para penyiasat kemudian mengenalpasti susupek dan mengaitkannya dengan rumah di Rancho Cordova. Apabila pegawai polis San Mateo bersama-sama syerif Sacramento County menahan Wilson, dia didapati memakai pakaian yang sama ketika dia sedang mengintai rumah di kejiranan San Mateo pada hari sebelumnya.

Polis turut menemukan beberapa barang yang dicuri dan siasatan sedang dijalankan untuk memastikan sama ada Wilson terlibat dengan kes jenayah yang lain.

“Kes ini membuktikan manfaat terhadap sistem keselamatan di rumah kerana dilengkapi dengan rakaman. Penguatkuasaan undang-undang berjaya dilakukan dengan bantuan daripada rakaman kamera dan sistem bacaan nombor plat,” kata pegawai polis.

Wilson kini diletakkan di lokap San Mateo County, dan Pihak Uber pula akan menghapuskan akses suspek terhadap aplikasi berkenaan dan sedia membantu siasatan polis.

CBSSacramento|YouTube

Selain itu, pihak polis turut menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada apabila menggunakan khidmat aplikasi pengangkutan dalam talian. Dalam kes ini, jika seseorang menggunakan khidmat berkenaan untuk menghantarnya ke lapangan terbang, ia memberi tanda bahawa rumahnya tidak berpenghuni dalam sesuatu tempoh.

Selain itu, beri tumpuan terhadap nombor plat, jenis, model dan warna kereta yang digunakan sekiranya anda menggunakan aplikasi tersebut. Lebih bagus lagi jika gambar kereta beserta nombor platnya dirakamkan. Pastikan pemandu tersebut mengetahui nama anda sebelum anda memasuki keretanya. Percayakan naluri – jika berasa tidak sedap hati atau kurang selesa, segera hubungi nombor kecemasan.

Sumber: FoxNewsCBSSacramento|YouTube

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular