KUALA LUMPUR: Menteri Industri Utama, Teresa Kok mengajak semua Ahli Parlimen supaya mengambil minyak sawit merah untuk terus kekal ‘awet muda’.

Malah, semua Ahli Parlimen di Dewan Rakyat dibekalkan minyak sawit merah untuk diminum bagi mendapatkan hasil awet muda.

MalayMail

Jelas Ahli Parlimen Seputeh itu pengambilan minyak sawit merah yang kaya dengan mikronutrien dan mengandungi lebih 20 jenis kumpulan karotenoid juga bersifat antioksida serta bebas daripada lemak trans.

“Pada petang ini, semua Yang Berhormat akan diberi minyak sawit merah. Semua akan dapat supaya semua jadi awet muda.”

“Seperti yang amat berhormat Perdana Menteri kita dan seperti yang Dipertua dan juga saya,” katanya yang dipetik Utusan Online.

PerisikRimba

Sementara itu memetik Astro Awani, Datuk Seri Ismail Sabri (BN-Bera) bangkit dan meminta Teresa untuk perbanyakan meminum minyak sawit merah supaya kekal awet muda.

Terdahulu, sidang Dewan Rakyat menjadi gamat apabila Teresa Kok berseloroh menyarankan Ketua Pembangkang itu meminum lebih minyak sawit merah supaya kelihatan muda.

Beliau berkata demikian dalam soalan tambahan Ismail Sabri berhubung kajian terperinci mengenai tanaman integrasi di ladang kelapa sawit.

Sumber: Astro Awani , MyNewsHub

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular