Pada September 2018, Dean Nicholson mempunyai satu matlamat – untuk merentasi dunia secara solo – dan dia memulakan perjalanan solonya dari kampung halamannya, Dunbar, Scotland. Pengembara Scotland berusia 31 tahun itu penat dari pekerjaannya dan dia mahu mengubah gaya hidupnya dan melihat dunia dengan berbasikal.

Perjalanan itu berjalan lancar yang menghala ke selatan, melalui lapan negara yang berbeza dan berkongsi pengembaraan solonya di Instagram. Tetapi apabila dia melintasi sempadan Bosnia ke Montenegro, rancangannya terpaksa berubah sedikit.

Dean Nicholson|Instagram

Ketika dia mendaki bukit yang curam, tiba-tiba dia mendengar bunyi kucing di belakangnya. Apabila dia melihat seekor anak kucing, dia memutuskan untuk berhenti seketika untuk mengusap kucing itu dan bergerak, bagaimanapun, kucing tersebut mempunyai rancangan lain yang segera menunjukkan kasih sayangnya.

Dean Nicholson|Instagram

Pada awalnya, Nicholson tidak merancang untuk mengambilnya, tetapi anak kucing tersebut telah membuatnya jatuh cinta kepadanya.

Dia tahu bahawa kucing itu sangat lapar, pemiliknya sebelum ini sengaja membuangnya di situ. Jadi dia teruskan perjalanan ke klinik haiwan.

Dean Nicholson|Instagram

Nicholson menamakannya Nala, sempena salah satu watak dalam filem kegemarannya ‘The Lion King‘ dan membawanya bersama meneruskan perjalanannya.

Dean Nicholson|Instagram

Pada mulanya, Nicholson tidak mempunyai tempat untuk membawa anak kucing tersebut jadi dia harus kreatif. Dia sediakan ruang di dalam raga depannya, kemaskan beberapa peralatan digitalnya dan dengan berhati-hati meletakkan Nala di situ. Dengan cara itu, teman barunya itu diberi tempat yang terbaik di raga hadapan.

Dean Nicholson|Instagram

Nala dengan cepat menyesuaikan diri dan menunjukkan kasih sayangnya kepada Nicholson. Nala kelihatan seperti menikmati perjalanan tersebut dan sangat santai serta tenang tanpa menunjukkan tanda-tanda ketidakselesaan berjalan jauh.

Dean Nicholson|Instagram

Dean Nicholson|Instagram

Dean Nicholson|Instagram

Kadang-kadang dia melompat keluar dari tempatnya dan duduk di bahu Nicholson. Nala telah menarik perhatian semua orang dan mereka selalu meminta gambarnya di Instagram.

Dean Nicholson|Instagram

Dean Nicholson|Instagram

Kedua-dua mereka menjadi rapat dan tidak dapat dipisahkan, perjalanan dari bandar ke bandar, menjelajahi tempat-tempat baru, villa-villa yang ditinggalkan, dan pantai-pantai tersembunyi, dengan kadang kala Nala berada di bahunya menempuh panas dan hujan. Nicholson pasti tidak menjangkakan anak kucing akan menjadi sahabat perjalanan yang terbaik!

Pada akhir tahun 2018 yang merupakan musim sejuk, Nicholson tidak mahu melengahkan perjalanan mereka, oleh itu, mereka menempuh hujan dan cuaca sejuk, yang menyebabkan Nala jatuh sakit.

Dean Nicholson|Instagram

Pada masa itu, Nicholson menyedari betapa dia tidak mahu kehilangan kucingnya sehingga dia memutuskan untuk menginap di sebuah asrama selama beberapa minggu sehingga Nala sembuh sepenuhnya.

Dean Nicholson|Instagram

Dengan penjagaan Nicholson yang baik, Nala sembuh dengan cepat dan mereka meneruskan perjalanan. Bagaimanapun, kali ini dengan persediaan yang lebih selamat dan tempat perlindungan kalis air disediakan untuk Nala. Ikatan mereka menjadi lebih rapat dari sebelumnya.

Dean Nicholson|Instagram

Dean Nicholson|Instagram

Tidak dapat difikirkan berapa cepat pelan anda boleh berubah apabila anda menemui sahabat yang betul. Apabila Nicholson memulakan perjalanannya, dia mempunyai satu penglihatan dalam fikirannya – untuk mengembara dunia dengan basikalnya – namun selepas bertemu dengan Nala, dia lebih peduli tentang ikatan mereka daripada perjalanannya. Dan hubungan mereka terlalu comel!

Sumber: BoredpandaDean Nicholson|Instagram

Maybe you're interested :

Share

Video Popular