Ketagihan terhadap telefon bimbit menjadi satu isu yang semakin serius dan membimbangkan dalam kalangan masyarakat dunia. Ia bukan sahaja memberi kesan terhadap perkembangan sesebuah keluarga, malah berupaya merisikokan sesuaut hubungan sesama manusia. Misalnya, pasangan suami isteri.

www2.nkfust.edu.tw /Gambar sekadar hiasan

Hal ini kerana, ia mampu menjarakkan diri masing-masing walhal mereka mungkin duduk di bawah bumbung yang sama. Itulah yang dialami oleh seorang isteri, Hong Anh yang baru sahaja berkahwin selama 3 tahun. Hong yang bekerja di sebuah pejabat sering mengalami depresi jika berbicara mengenai suaminya.

“Apabila saya jatuh cinta, saya tahu dia amat suka bermain permainan video. Dia akan menghabiskan masa dalam dunia permainannya namun masih boleh lagi melawat saya dan keluarga, membawa saya keluar dan kami sangat fokus terhadap satu sama lain selain menyimpan hasrat untuk mendirikan rumah tangga.

Namun, pada tahun pertama perkahwinan kami, hubungan kami mula bermasalah. Dia lebih gemar menghadap telefon pintarnya sahaja. Dia akan bermain permainan dan melayari laman sosial sepanjang hari. Dia juga turut menyertai beberapa kumpulan pada aplikasi sembang. Pada mulanya saya geram dan marah, namun dia segera pujuk saya. Tetapi, ia tidak berhenti di situ sahaja. Dia masih lagi berperangai seperti itu,” cerita Hong.

Man’s Fashion/Gambar Hiasan

Begitu juga dengan kisah seorang wanita yang membawa anaknya mandi manda di sebuah kolam renang. Dia agak leka dan kurang memerhatikan anaknya. Dia juga sibuk melayari internet, mungkin membuka aplikasi media sosial. Penyudahnya, dia kehilangan anaknya.

Anaknya difahamkan jatuh ke dalam kolam renang dan tidak berjaya menyelamatkan dirinya menyebabkan dia tidak sedarkan diri. Di sini kita dapat pengajaran bahawa masa berkualiti bersama insan tersayang amatlah berharga. Sentiasa berikan sepenuh tumpuan khasnya pada keluarga sebelum semuanya terlambat. Ketepikan dahalu segala perkara yang mungkin menarik minat anda di internet.

Pergaulan yang sihat melibatkan dua atau lebih individu berinteraksi antara satu sama lain, selain berkomunikasi secara nyata. Hal ini kerana tiada apa pun yang dapat menggantikan masa yang terluang bersama dengan orang yang tersayang. Sama juga situasinya jika kita menaiki pengangkutan awam, misalnya bas.

gvm.com/Gambar Hiasan

Para penumpang rata-ratanya akan membuat hal sendiri dan mata mereka seakan ‘terkunci’ pada skrin telefon bimbit masing-masing. Sama juga seperti anda keluar makan bersama keluarga mahupun rakan dan mendapati pasti akan ada salah seorang daripadanya sentiasa memegang telefon bimbit di tangan. Seolah-olah mereka tidak dapat dipisahkan. Situasi sebeginilah yang menghantui masyarakat moden pada hari ini.

Beginilah, jika pasangan anda kerap menghabiskan masanya menghadap telefon bimbit, apa kata anda memberitahunya sebaik mungkin bahawa tabiat tersebut adalah tidak wajar dan berupaya mengeruhkan hubungan. Kita seharusnya menjaga hubungan sesama sendiri selain cuba menghangatkan lagi perasaan kasih sayang antara satu sama lain.

Cuba amalkan peraturan tanpa telefon bimbit sekiranya anda bersama keluarga. Hadkan juga penggunaan telefon atau tablet pintar pada kanak-kanak. Pasti kehidupan anda sekeluarga bakal harmoni dan bahagia.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP Keluarga

Video Popular