Secara jujur, berapa ramai di antara anda semua yang mampu membeli sebuah kereta BMW dengan pendapatan terkini? Ketika kita semua masih berkais dan bercakaran untuk mencukupkan keperluan hidup sambil membawa kereta kecil kita ke sana ke mari, seorang gadis cilik berusia 12 tahun dari Thailand sudah mampu membeli kereta mewah idamannya. Dan kanak-kanak ini masih belum mencapai usia boleh memandunya!

Nongpearpaplearn/Facebook

Ramai di antara anda mungkin sudah mengenali jurusolek profesional cilik terkenal bernama Natthanan yang bakat serta kebolehan luar biasanya di dalam bidang solekan dan kecantikan telah menjadi tular di media sosial seluruh dunia pada tahun lalu.

Nongpearpaplearn/Facebook

Natthanan meraih populariti sebagai jurusolek profesional selepas mengikuti kursus solekan profesional pada usia 7 tahun, dan selepas itu dengan minatnya yang mendalam, anak kecil ini telah memuat naik video tutorial solekan wajah di halaman media sosial. Bakat luar biasanya itu telah menjadi sensasi internet yang menjadi tular disamping stesen BBC yang menyiarkan kisahnya pada tahun 2018.

Nongpearpaplearn/Facebook

Gadis kecil ini menjadi semakin popular selepas itu apabila Natthanan telah terpilih menjadi salah seorang jurusolek profesional dalam pertunjukan fesyen London Fashion Week 2018 dan menjadikan namanya tergolong dalam kalangan jurusolek elit dan berprestij. Laman Facebook Natthanan mempunyai lebih 800,000 pengikut dan anak gadis kecil ini merupakan jurusolek termuda yang pernah menyertai London Fashion Week.

Sinchew Daily

Pada tahun ini, Natthanan yang berbakat besar baru menginjak usia 12 tahun dan pada ulang tahun kelahirannya kali ini, kanak-kanak ini telah membuat keputusan untuk membeli sebuah kereta mewah BMW sedan sebagai hadiah buat dirinya sendiri.

Dalam satu post di Facebook, Natthanan menulis, “Selamat hari lahir kepada saya. Saya telah berusia 12 tahun pada tahun ini. Saya berasa amat bersyukur dengan apa yang telah dimiliki setakat ini dan terima kasih kepada semua peminat yang telah menyokong kerjaya saya. Terima kasih dengan semua ucapan, saya mendoakan yang sama buat anda semua!”

Nongpearpaplearn/Facebook

Ramai netizen yang berasa kagum dan berbangga dengan pancapaian yang telah dimiliki oleh Natthanan, walaupun kebanyakan mereka masih tidak mampu untuk memiliki sebuah kereta mewah ketika semuanya sudah berusia melebihi 20 tahun ke atas dan ada yang telah bekerja selama bertahun-tahun untuk mendapatkan sebuah kereta.

Ada pula netizen yang berkongsi kisah mereka dengan berkata ketika berusia 12 tahun, mereka masih bermain guli dan anak patung, tetapi Natthanan sudah berjaya menjadi seorang jurusolek profesional yang terkenal.

Nongpearpaplearn/Facebook

Namun rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada anak kecil ini kerana telah berjaya mengejar cita-cita dan minatnya yang mendalam dalam bidang kecantikan yang ternyata telah memberi pulangan yang lumayan buat diri dan keluarganya. Semoga Natthanan terus maju jaya dalam kerjayanya yang menjanjikan masa depan cerah.

 Sumber : Sinchew Daily, World of Buzz

Maybe you're interested :

Share

Video Popular