Walaupun teknologi perubatan pada hari ini sudah dianggap canggih sehingga penawar terhadap virus-virus dan jangkitan penyakit berjaya diciptan, namun terdapat satu kes terbaru dan membimbangkan, di mana terdapat jangkitan kulat yang muncul di pelbagai tempat di seluruh dunia.

Ia dikenali sebagai candida auris dan ‘kebal’ terhadap sebarang ubat antikulat. Difahamkan sebanyak separuh daripada pesakit telah meninggal dunia selepas 90 hari terkena jangkitannya. Doktor mula mengetahui akannya pada tahun 2009 di mana virus berkenaan dikesan pada telinga seorang wanita di Jepun.

Sungguhpun begitu, ia tidak menimbulkan apa-apa tanda berbeza dan simptomnya sama seperti jangkitan kulat biasa yang boleh dirawat dengan mudah.

Pada tahun 2018, virus berkenaan sekali lagi menjadi isu dan kali ini, ia mengakibatkan kematian seorang lelaki tua. Hasil pemeriksaan doktor mendapati bahawa mangsa dijangkiti dengan virus tersebut dan segera mengkuarantin mangsa di unit rawatan rapi. 90 hari kemudian, mangsa disahkan meninggal.

Melissa Golden|The New York Times

Malangnya, kulat berkenaan tidak mati bersamanya – dan ia dikesan berada di sekitar bilik tersebut, daripada dinding sehinggalah di katil dan langsir.

Apa yang memburukkan lagi keadaan, pakar gagal mengesan asal kulat tersebut walaupun ia telah ditemui di Australia, Amerika Syarikat, India dan Eropah. Berikut merupakan 3 perkara penting mengenai virus berkenaan:

#1. Ia merupakan satu rahsia yang cukup lama

Apabila sesuatu wabak penyakit menjelma, rata-rata hospital dan pihak kerajaan akan menyembunyikan hakikat sebenar tentang perkara ini bagi menjaga reputasi mereka.

Apabila virus c.auris ini dijumpai di Hospital Royal Brompton, London, seorang pakar penyakit berjangkit, Dr. Silke Schelenz berkata bahawa kerajaan bertindak kurang efektif dan tidak segera menanganinya.

Pada masa yang sama, wabak berkenaan turut melanda di Valencia, Sepanyol di mana tubuh seramai 372 orang disahkan mengandungi virus tersebut. 85 daripadanya mengalami jangkitan saluran darah dan 41% daripada mereka meninggal setelah 30 hari.

Sama seperti di London, Hospital Universitari i Politècnic La Fe juga tidak membuat pengumuman mengenainya pada orang ramai bagi menjaga reputasi hospital.

#2. Ia kebal terhadap ubat antikulat

Pakar kesihatan sebelum ini telah memberi amaran tentang bahaya kebergantungan terhadap antibiotik bagi memerangi bakteria mahupun kulat dalam tempoh yang lama, ini kerana makin lama keberkesanan ubat tersebut akan berkurangan.

Melissa Golden|The New York Times

Virus c.auris ini juga berupaya untuk berubah bagi melawan ketahanan terhadap ubat. Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) mengatakan bahawa lebih 90% daripada jangkitan c.auris ini adalah kebal terhadap satu ubat, 30% daripadanya pula kebal terhadap 2 atau lebih jenis ubat. Saintis juga menasihati orang ramai untuk cuba menahan diri daripada memakan antibiotik.

#3. Ia merbahaya kepada mereka yang mempunyai sistem imunisasi yang lemah

Golongan seperti bayi baru lahir, orang tua, perokok, pesakit kencing manis dan mereka yang mengalami masalah berkaitan dengan auto-imunisasi, amat terdedah dengan risiko terkena jangkitan virus ini, dan ia boleh membawa maut.

Namun, individu yang sihat juga tidak terkecuali daripada terkena jangkitan. Kajian yang dijalankan oleh kerajaan British juga menunjukkan bahawa tiada sebarang polisi untuk mengawal ketahanan manusia terhadap ubat-ubatan.

Sepuluh juta orang boleh mati secara global ekoran jangkitan ketahanan terhadap ubat pada tahun 2050, di mana ia melebihi jumlah 8 juta orang yang dijangka mati akibat kanser.

The New York Times

Jadi, ancaman terhadap virus merbahaya sebegini tidak boleh dipandang ringan oleh masyarakat di Malaysia kerana jangkitannya sedang merebak di seluruh dunia. Dapatkan nasihat doktor dan kawal pengambilan sebarang ubat antibiotik ya!

Sumber: The New York Times

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular