PARIS: Pasukan saintis antarabangsa menyiarkan satu peristiwa penting dalam dunia astrofizik, iaitu gambar lubang hitam dan lingkaran halo yang sangat menakutkan, buat julung kali.

AFP

Pengumuman tersebut dibuat serentak dalam siding media di Washington, Brussels, Santiago,Taipei dan Tokyo.

Gambar berkenaan adalah bukti yang jelas mengenai kewujudan lubang hitam, kata Timbalan Pengarah Institut Millimetrik Astronomi Radio (IRAM), Frederic.

Memetik AFP, lubang hitam itu dirakamkan menggunakan Event Horizon Telescope (EHT).

Mashable Asia/Gambar Hiasan

Lubang hitam mempunyai tarikan graviti yang terlalu kuat hingga menarik semua objek termasuk cahaya menjadikan ia tidak dapat dilihat.

Namun, menggunakan teknologi EHT kumpulan saintis berkenaan dapat merakamkan gambar lubang hitam di galaksi M87 yang mempunyai berat 6.5 bilion kali lebih besar daripada matahari.

Sementara itu, Pesuruhjaya Penyelidikan, Sains dan Inovasi Eropah (CNRS), Carlos Moedas menyifatkan pencapaian itu sebagai ‘kejayaan besar untuk kemanusiaan.’

Jelas beliau, lubang yang terlalu besar itu dirakamkan dengan beberapa teleskop radio jarak jauh dari M87, sebuah pusat galaksi.

“Ia adalah jarak yang hanya dapat kami bayangkan,” kata Frederic Gueth, yang merupakan pakar astronomi di CNRS.

Saintis itu menjelaskan, merakamkan imej lubang hitam amat besar, dan M87 pada jarak seperti itu tidak dapat disamakan dengan mengambil gambar batu kerikil pada bulan,” ujarnya yang menyifatkan kejayaan tersebut adalah hasil usaha berpasukan.

NASA

Sementara itu, pakar astronomi di Institut Radio Astronomi Milimetrik (IRAM), Grenoble pula berkata, sepanjang proses tersebut pihaknya banyak membuat pemerhatian.

Sejak April 2017 sebanyak lapan teleskop radio di beberapa negara seperti di Hawaii, Arizona, Sepanyol, Mexico, Chile dan Kutub Selatan memantau Sag A* dan M87 secara bersama.

Manakala, Monika Moscibrodzka, seorang pakar kaji bintang di Universiti Radboud pula berkata, kesemua mereka membentuk satu pemerhatian maya sejauh 12,000 kilometer yang secara kasar adalah diameter bumi.

“Data yang diperoleh seperti set susun suai gambar tidak lengkap dan kami hanya melihat kepingan imej sebenar dan kemudian mengisi ruang kepingan yang hilang,” jelasnya.

Namun usaha penat pasukan saintis itu membuahkan hasil apabila di peringkat penghujungnya, M87 lebih fotogenik, namun Sag A* terlalu ‘aktif’ untuk mendapat gambaran jelas.

“Apa yang kita lihat dalam imej ialah bayangan lingkaran lubang hitam, dikenali sebagai acara cakerawala atau titik tidak kembali, ditetapkan kepada cakera akresi berkilau,” kata Gueth.

Imej tidak dijangka itu, terlalu kerap dibayangkan dalam sains dan sains fiksyen, dianalisis dalam enam kajian ditulis secara bersama oleh 200 pakar daripada kira-kira 60 institusi dan diterbitkan dalam Astrophysical Journal Letters.

Sumber: AFP, Harian Metro, mstar

Maybe you're interested :

Share

Video Popular