Tugas wartawan bukan sesuatu yang mudah, memerlukan individu berkenaan sentiasa bersedia dalam apa juga keadaan ditambah pula dengan kerja yang tidak menentu.

Demi memberi maklumat kepada orang ramai, wartawan sanggup meredah apa jua keadaan demi tugas yang disandang.

Bukan itu sahaja, tugas yang dipikul itu memerlukan bertindak pantas dan tidak panik dengan keadaan yang berlaku sepanjang bertugas.

Pada 9 April yang lalu, kisah seorang wartawan disondol lembu ketika membuat liputan menjadi tular namun sikap bersahaja dan tidak panik membuatkan dia berjaya mengatasi keadaan berkenaan.

Wartawan berkenaan, Juliana Sharin yang mengendalikan segmen Aduan Rakyat di Buletin Utama TV3 tampil bersahaja walaupun hakikatnya sakit ketika disondol seekor lembu.

Dia yang bersiaran tentang masalah lembu berkeliaran di Klang, Selangor kelihatan terkejut ketika ditanduk lembu tersebut.

Malah, dalam rakaman berdurasi 16 saat itu jelas memaparkan dia didatangi seekor lembu yang kemudiaan menyondol dari arah belakang.

Namun wartawan muda itu tetap meneruskan laporan berita itu dan berjaya mengawal keadaan.

Situasi itu sekali gus dilihat menghiburkan walaupun tuan badan masih menggigil ketakutan.

Malah, penonton turut memberi ‘tabik’ dengan sikap profesionalisme yang ditunjukkan wartawan terbabit.

Ekoran insiden lucu itu, Juliana serta suaminya kelihatan berseloroh di laman Facebook masing-masing tentang rakaman tersebut.

Malah suaminya, yang dikenali Herman Plani Syafrudin juga tidak menyedari kisah isterinya menjadi tular, dan ‘berjanji’ untuk menyaman lembu berkenaan kerana menyondol isterinya yang sedang ‘bekerja’.

Tidak kurang juga, ramai netizen yang melahirkan rasa kesian dengan keadaan yang berlaku kepada wartawan tersebut.

Sumber: Says, farrarsln/Twitter

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN

Video Popular