BANGKOK: Sekurang-kurang dua terkorban manakala 17 lagi cedera dalam kejadian kebakaran melibatkan sebuah pusat membeli-belah yang terletak di Central World Complex, Bangkok petang semalam.

Jurucakap Pusat Kecemasan Perubatan Erawan berkata, kebakaran yang berpuca dari tingkat lapan di pusat beli-belah itu dikesan kira-kira 6.40 petang.

“Seorang mangsa maut di lokasi kejadian, manakala seorang lagi di hospital berhampiran,” kata jurucakap itu yang dipetik BBC.

Sementara itu, pasukan bomba dan penyelemat  berkata, kebakaran bermula di bilik simpanan dokumen yang terletak di tingkat lapan bangunan berkenaan.

Api berjaya dipadamkan sepenuhnya dalam masa setengah jam, namun sehingga kini punca kebakaran masih dalam siasatan.

Operator bangunan terbabit, Central Pattana berkata, bangunan yang dilengkapi pusat beli-belah, pejabat dan hotel, ditutup buat sementara waktu.

Central World Complex antara bangunan terbesar di negara itu adalah destinasi membeli-belah popular dalam kalangan pelancong.

Kebakaran itu berlaku di lokasi tarikan pelancong, hanya beberapa hari sebelum cuti Songkran dari 13 April hingga 15 April.

Central World juga merupakan antara beberapa bangunan di Bangkok yang dibakar penunjuk perasaan semasa demonstrasi anti-kerajaan pada 2010.

Sumber:  Astro Awani, Berita Harian, BBC, Straits Times

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular