Setiap manusia di dunia ini akan merasai kesukaran pada tahap yang berbeza-beza. Ada yang keretanya ditarik, tidak berkemampuan untuk menampung keperluan keluarga, jatuh sakit dan bermacam-macam lagi.

Namun, demi meneruskan kehidupan, kita harus tetap cekal dan tabah dalam menempuhi setiap dugaan hidup dan inilah semangat yang ditunjukkan oleh seorang remaja dari Filipina.

ABS-CBN

Dikenali sebagai Reymark Cavesirano, remaja berusia 13 tahun ini terpaksa berhempas pulas dan mengerah keringatnya untuk menampung perbelanjaan keluarga tercinta. Justeru, setiap hujung minggu Reymark akan mendayung dengan menggunakan tangannya sahaja ke laut.

ABS-CBN

Lebih menyedihkan lagi, pengangkutan yang digunakan oleh remaja ini hanya diperbuat daripada papan lapis dan gabus styrofoam. Sebelum subuh, Reymark akan turun ke laut untuk bekerja di sebuah bot memancing yang terletak tidak jauh dari Teluk Manila.

ABS-CBN

Di bot berkenaan, Reymark bersama beberapa lagi lelaki yang umurnya dua kali ganda daripada umur Reymark akan bekerja mengumpul ikan-ikan yang tersangkut pada pukat. Meskipun bekerja keras, Reymark tidak pernah mendapat upah di dalam bentuk wang. Sebaliknya, dia hanya menerima ikan-ikan sebagai upah.

ABS-CBN

Selepas selesai bekerja, Reymark akan kembali ke darat dengan menggunakan rakit buatannya itu. Di situ, dia akan menjual hasil tangkapan dan memperoleh pendapatan sekitar RM7 hingga RM11 untuk membeli makanan dan juga ubat-ubatan buat keluarga.

ABS-CBN

Meskipun hidup susah di samping perlu menjaga datuk yang sudah uzur, remaja ini sedar bahawa dia tidak mempunyai pilihan lain untuk meneruskan kehidupan dengan lebih selesa.

“Belakang saya sering sakit kerana mendayung terlalu lama tetapi saya tidak boleh berhenti. Saya tetap perlu meneruskannya kerana kami perlu makan. Saya mahu membalas jasa dan kebaikan datuk nenek. Saya mahu mereka memiliki rumah tiga tingkat yang diperbuat daripada konkrit.”

Sumber: ABS-CBN

Maybe you're interested :

Share

Video Popular