Payton Dankworth tidak pernah menyangka bahawa satu hari nanti dia akan menjadi ibu angkat kepada seekor anak keldai yang sunyi, namun sungguhpun begitu, realitinya, Payton sangat menghargai peluang beharga tersebut dengan hati yang terbuka. Ternyata kebaikan di dalam dirinya telah mengubah kehidupan makhluk lain.

thelifeofjackkkk|Instagram

Pada pertengah bulan Mac lalu, Payton yang merupakan junior di sebuah sekolah menengah tinggi di Texas telah menerima satu panggilan daripada rakannya yang tinggal di sebuah ladang kuda.

Ketika rakannya itu menunggang kuda di sana, dia secara tiba-tiba menemukan seekor anak keldai yang kelaparan dan nampaknya keldai tersebut sepertinya telah ditinggalkan sendirian oleh ibunya.

thelifeofjackkkk|Instagram

Rakan Payton tidak berupaya untuk menjaga anak keldai berkenaan dan segera meminta pertolongan. “Dia bertanya jika saya mampu menjaga keldai tersebut. Dia memberitahu saya bahawa keldai itu tidak begitu sihat dan mungkin tidak dapat bertahan untuk hidup. Oleh kerana saya merupakan pencinta haiwan, maka saya tidak akan membiarkan anak keldai berkenaan mati,” jelas Payton.

Pada malam itulah pertama kalinya Payton melihat Jack. Pada malam pertama Jack di rumah barunya, Jack terasa asing. Akan tetapi, Payton sanggup berjaga untuk memeluk Jack dan secara perlahan-lahan memperkenalkan makanan kepadanya.

thelifeofjackkkk|Instagram

Tubuh Jack juga sangat kurus dan ia menandakan bahawa Jack tidak memperolehi makanan selama ini. Kasihan! Waktu berganti, ikatan antara Jack dan ibu angkatnya sudah mula terhasil. Nampaknya, Jack sudah selesa berada di rumahnya.

thelifeofjackkkk|Instagram

“Ini merupakan kali pertama saya menjaga dan memelihara keldai. Jack telah menunjukkan bahawa dirinya bergantungkepada saya, dan ia terbukti. Jack akan diberi susu setiap dua jam sekali, dan ketika menyusukannya, ia membuatkan saya gembira,” kata Payton.

Ternyata keadaan Jack yang terus membesar turut membuktikan bahawa ibunya turut menjalankan tanggungjawab untuk menjadi seorang ibu yang baik. Dengan kasih sayang dan perhatian yang tidak berbelah bahagi, Jack kini sudah semakin sihat dan gembira.

thelifeofjackkkk|Instagram

Hanya selama satu minggu diselamatkan daripada di ambang kematian, takdir mengubah hidup Jack. Keldai comel itu kini sudah menjadi sebahagian daripada keluarga Dankworth.

“Saya akan membawa Jack berjalan dan akan menaiki kereta bersama saya. Jack seperti anjing yang akan mengikuti ke mana sahaja saya pergi,” cerita Payton.

thelifeofjackkkk|Instagram

Walaupun tidak pernah terlintas di dalam fikiran keluarga tersebut untuk membela seekor keldai, namun syukurlah kerana kawasan rumah mereka cukup luas untuk membesarkan seekor keldai.

 

View this post on Instagram

 

I love to run and play!

A post shared by Jack Austin (@thelifeofjackkkk) on

Bukan Payton sahaja yang berjaya mengubah hidup Jack, namun sebaliknya juga. Payton sebelum ini tidak tahu bidang apa yang seharusnya dia belajar kelak selepas menamatkan pengajian di sekolah.

Kini, dengan pengalamannya menyelamatkan seekor anak keldai, dia lebih berminat untuk membantu makhluk yang dalam kesudahan untuk terus hidup.

thelifeofjackkkk|Instagram

“Jack telah memberikan inspirasi kepada saya untuk menceburi bidang ini kerana saya sangat cintakan haiwan. Melihat dia membesar daripada keadaan yang teruk dahulu sehinggalah sihat sebegini merupakan satu kurniaan terhebat. Saya amat bangga,” akhirinya.

Sumber: The Dodothelifeofjackkkk|Instagram

Maybe you're interested :

Share

Video Popular