KUALA LUMPUR – Bagi sesiapa yang berminat  untuk menjadi sebahagian daripada komuniti ujian percubaan RFID Touch ‘N Go di Lembah Klang, kini mereka boleh mendapatkan pelekat RFID dengan cara lebih mudah.

The Star / Gambar Hiasan

Touch ‘N Go (TNG) kini menerima pengguna baru yang berminat apabila mereka mengunjungi sembilan pusat pemasangan terpilih seperti senarai di bawah, di mana mereka boleh mendapatkan kenderaan mereka dipasang dengan pelekat RFID secara percuma iaitu: 

  • Aeon Big Bukit Rimau, Shah Alam
  • Aeon Big Kepong
  • Berjaya Times Square, Kuala Lumpur
  • Galeri Beli-belah Empire, Subang Jaya
  • Sunway Velocity Mall, Cheras
  • Tesco Pusat Bandar Puchong
  • Tesco Extra Cheras
  • Tesco Setia Alam
  • Tesco Bukit Tinggi, Klang

Carsome.my /Gambar Hiasan

Sebelum ini, pengguna terpaksa mendaftar di laman sesawang RFID dan menunggu e-mel jemputan dari TNG sebelum menerima pelekat RFID Touch ‘N Go secara rasmi. Kini pengguna tidak perlu membuat pendaftaran atas talian terlebih dahulu, dengan terus mengujungi pusat pemasangan ini tanpa membuat temu janji terlebih dahulu.

Pengguna dikehendaki membawa bersama kad pengenalan dan satu salinan kad pengenalan, lesen memandu atau pasport untuk bukan warganegara Malaysia, satu salinan geran pemilikan kenderaan atau nota perlindungan insurans yang sah, surat kebenaran daripada pemilik kenderaan (jika pemilik akaun Touch ‘N Go eWallet dan pemilik kenderaan adalah berbeza), bersama dengan kenderaan tersebut.

Carcome.my / Gambar Hiasan

Pelekat RFID secara percuma akan dipasang tanpa apa-apa caj yang akan membolehkan pengguna menggunakan lorong tol RFID di lebuh raya terpilih di kawasan Lembah Klang. Pelekat ini dilengkapi dengan cip frekuensi radio yang akan ditampal terus di atas cermin depan atau lampu depan kenderaan.

Apa yang unik bagi setiap kenderaan, pelekat itu dihubungkan dengan Touch ‘N Go eWallet, di mana pengguna boleh memantau imbangan kredit mereka dan menambah nilai kredit melalui perbankan atas talian dan kad debit atau kredit.

SoyaCincau / Gambar Hiasan

Bagi mereka yang menggunakan kemudahan RFID di tol terpilih akan mendapat rebat sebanyak 20% di atas 10 tol pertama sehingga tarikh 30 Jun.

Mereka yang berminat boleh mendaftar dengan pergi sendiri ke sembilan pusat membeli-belah terpilih ini dari jam 10 pagi hingga 10 malam untuk mendapatkan pelekat RFID dan ia tertakluk selagi stok masih ada.

Anda juga boleh melayari laman FAQ Touch ‘N Go RFID untuk mendapat keterangan lebih lanjut.

Sumber : The Star

Maybe you're interested :

Share

Video Popular