Plastik pertama kali diperkenalkan dalam tahun 1950-an sebagai polistirena yang digunakan sebagai bekas berspan dan ‘polypropylene’ untuk penutup botol merupakan jenis plastik yang digunakan di seluruh dunia dan lazimnya dijumpai di lautan.

Pencemaran plastik di lautan bukan sahaja ‘menyakitkan’ mata, malah turut menjejas hidupan laut khasnya. Jika kita menyangka plastik itu akan terurai dengan lebih cepat apabila kita membuangnya di sungai atau lautan, maka sangkaan itu tidak benar sama sekali.

Mongabay/Gambar Hiasan

Buktinya ialah baru-baru ini seorang pengguna Twitter @selfeeani atau Fia telah menjumpai sampah plastik yang sudah pudar warnanya terdampar di persisiran pantai.

Apa yang mengejutkan Fia ialah sampah plastik Indo Mie yang tertulis ‘Dirgahayulah Indonesiaku ke-55’ itu menunjukkan sampah berkenaan telah terapung di lautan dan akhirnya terdampar di pantai selama 19 tahun kerana memandang tahun ini, mereka akan menyambut kemerdekaan yang ke-74!

Tweet Fia telah menjadi ‘viral’ dan di tweet semula sebanyak hampir 80 ribu kali atas kesedaran netizen tentang masalah pembuangan sampah plastik ke lautan.

Rata-rata antara netizen melahirkan rasa bimbang tentang masalah tersebut yang semakin buruk bukan sahaja di Indonesia malah di seluruh dunia.

Seperti kata @mochnursidiq, mungkin bumi akan menjadi planet sampah jika orang membuang sampah secara sembarangan.

Netizen seperti @S_Purwadi mengatakan bahawa pada tahun 2018 dia sendiri pernah terjumpa sampah bekas syampu dari tahun 80-an yang membawa maksud sudah 30 tahun sampah itu dibuang ke lautan namun masih tidak terurai.

Berdasarkan laporan dari United Nations Environment Programme (UNEP), plastik yang kita gunakan itu adalah plastik guna sekali yang bermaksud plastik tersebut akan dibuang selepas sekali sahaja digunakan.

Untuk membendung masalah ini daripada terus menjadi serius, pihak berwajib perlu mengambil tindakan tegas mengenai pembuangan sampah yang tidak terbendung agar dapat mengelakkan daripada berlakunya masalah lain seperti kesihatan manusia dan ancaman terhadap ekosistem.

Selain itu sebagai pengguna, kita sendiri harus bijak dalam penggunaan plastik. Jika kita merancang untuk pergi ke pasar, pasaraya atau kedai runcit, pastikan kita membawa bakul, beg kertas atau beg kitar semula dari rumah supaya dapat mengurangi penggunaan plastik.

Sumber: TWITTER | @selfeeani 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular