Seorang murid lelaki tahun lima di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), di Kuala Penyu, Sabah terpaksa menahan derita setengah jam apabila kon tersangkut di kepalanya.

Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Penyu menghantar sebuah jentera bersama lima anggota ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan daripada pihak sekolah pada jam 2:26 petang.

Menurut jurucakap BBP Kuala Penyu, sepasukan bomba yang tiba di lokasi kejadian 12 minit kemudian selepas menerima panggilan mengambil masa setengah jam untuk mengeluarkan kon dari kepala murid lelaki itu.

“Pasukan bomba menggunakan gergaji besi untuk memotong kon bagi mengeluarkannya dari kepala murid lelaki.

“Kerja mengeluarkan kon dilakukan berhati-hati… jika silap boleh mendatangkan kecederaan pada mulut mangsa,” katanya.

Menurutnya lagi, keadaan murid lelaki tersebut dalam keadaan baik dan diserahkan kepada ibu bapanya yang turut berada di lokasi kejadian.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku ketika murid lelaki itu sedang menunggu ibu bapanya sambil bermain di pondok berdekatan kawasan sekolahnya itu yang mana kon tersebut berada di kawasan berkenaan.

Sumber: Harian Metro

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL VIDEO

Video Popular