Pasti ramai yang belum tahu hak sebagai pelanggan untuk menuntut pampasan jika penerbangan anda ditunda melebihi dua jam atau tiga jam dan ke atas.

Jumia Travel/Gambar Hiasan

Menurut Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), jika penerbangan anda ditunda atau dibatalkan, syarikat penerbangan anda berkemungkinan besar perlu menyediakan anda pampasan bagi membantu anda meneruskan perjalanan.

Bergantung kepada peraturan di negara tertentu, penumpang berhak untuk menuntut pampasan bukan sahaja dalam bentuk wang, tetapi makanan, penginapan hotel, pengangkutan dan lain-lain.

Jika penerbangan anda dibatalkan, anda berhak untuk menuntut pembayaran balik secara penuh dalam tempoh 30 hari atau penerbangan alternatif daripada syarikat penerbangan.

Satu-satunya pengecualian adalah apabila berlakunya suatu “keadaan luar biasa” yang termasuk risiko keselamatan atau cuaca ekstrem, yang mana syarikat penerbangan tidak dapat menjangkanya.

Seorang lelaki telah berkongsi pengalamannya ketika berada di Turki, tentang bagaimana dia berjaya menuntut pampasan daripada pihak syarikat penerbangan iaitu sebanyak RM1,389.

Lelaki tersebut, Iqbal atau dikenali sebagai Bal Mohd di Facebook mengatakan bahawa penumpang berhak untuk menuntut pampasan jika penerbangan anda ditunda lebih dari 3 jam.

@iqbalmohd_|Instagram

Menerusi perkongsiannya di Backpackers Buddies Malaysia (BBM) itu, Iqbal menceritakan pengalaman di mana penerbangannya terpaksa ditangguhkan sebanyak tiga kali ketika dia transit di lapangan terbang Istanbul, Turki.

Penerbangan yang sepatutnya dijadual berlepas pada pukul 1:45 pagi ditunda ke pukul 3:30 pagi. Kemudian penerbangan tersebut pula ditunda ke pukul 5 pagi.

Selepas kali ketiga tidak dapat menaiki penerbangan mengikut waktu yang sepatutnya ditunda pada pukul 5 pagi, Iqbal pergi ke kaunter khidmat pelanggan untuk mendapatkan info selanjutnya tentang penerbangan tersebut serta mahu menuntut hak sebagai pelanggan.

Setelah merujuk kepada pekerja penerbangan tersebut, Iqbal akhirnya berjaya menuntut penginapan satu malam di hotel 4 bintang, beserta dengan penghantaran percuma ke hotel, dan pampasan berbentuk wang sebanyak 300 Euro (RM1,389).

@iqbalmohd_|Instagram

Menurut Iqbal, pampasan tersebut perlu dituntut sendiri di kaunter khidmat pelanggan kerana jika tidak dituntut, pihak syarikat penerbangan hanya akan berdiam diri.

Berikut adalah perkongsian penuh Iqbal:

Salam. Buat backpackers yg ade flight delay more than 3hours di mana mana negara euro, please claim your right. Jika flight delay more than 3 hours, korang akan dapat 300euro. Kalau more than 6hours korang dpt 600euro.

Pengalaman flight delay 24hb feb lepas di Istanbul. Flight kami sepatutnya 145, tetapi delay ke 330. Lepas tu delay lagi pkul 5pg. Selepas kali ketiga delay saya ke kaunter berperang menuntut hak dan kepastian dari airlines adakah lepas ni konfem depart or delay lagi.

Lepas bersilat mulut dengan orang turkish, kami dapat keluar airport, dapat 4/5 star hotel dan free transfer. Lepas tu bersilat mulut untuk dapatkan pampasan. Mula2 bagi dalam bentuk voucher, tapi by right, airlines kene bagi cash.

Alhamdulillah, dua hari lepas (3 April 2019) dapat pampasan 300euro. Tengah menanti pampasan untuk luggage rosak pulak.

So, sila tuntut kalu ade flight delay. Nanti diorg buat senyap je.

Disebabkan ramai bertanya details, untuk claim 300/600euro ni. Hanya terpakai jika kes berlaku di negara euro dan boleh google law ni untuk maklumat lanjut.

EC Regulation 261/2004.

Sumber: Bal Mohd|Facebook, Says

Maybe you're interested :

Share

Video Popular