Sekarang ini, perjalanan untuk ke mana sahaja sama ada di dalam negara mahupun merentasi sempadan antarabangsa boleh dilakukan dengan menaiki kapal terbang.

Selain mempercepatkan masa perjalanan, menaiki penerbangan juga memberikan pelbagai pengalaman yang menyeronokkan.

Misalnya sebelum memulakan perjalanan, kru penerbangan akan memberikan taklimat ringkas mengenai pelbagai aspek seperti langkah keselamatan yang perlu diambil sekiranya berlakunya hal-hal kecemasan.

Baru-baru ini sebuah pesawat AirAsia menjadi tular gara-gara taklimat keselamatan yang sangat lucu dan menghiburkan para penumpang.

Video taklimat berkenaan telah dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai @AzrulAkmal1216 di mana dia telah merasai sendiri pengalaman menaiki pesawat AirAsia dan mendengar taklimat yang mencuit hati itu.

“Semasa kecemasan, tinggalkan barang-barang anda, teman lelaki anda, teman perempuan anda apabila keluar dari pesawat. Jika terdapat asap, tunduk.. tunduk.. tunduk.. dan gunakan laluan di lantai sebagai panduan ke pintu yang terdekat.”

“Pelan keselamatan ini ada terdapat di dalam sangkut di depan tempat duduk anda. Sila baca dengan teliti. Terdapat pelbagai gambar menarik di dalamnya.. kecuali saya.”

Dalam video berdurasi 1 minit 21 saat yang dimuat naik pada 4 April lalu itu, seramai 19,200 netizen memberikan tanda suka selain meluahkan pelbagai komen positif tentang penularan video berkenaan.

“Jika ia menggembirakan hari anda, anda patut memberikan pujian kepada kru berkenaan menerusi laman sesawang penerbangan. Ia membolehkan syarikat penerbangan tahu bahawa kakitangan mereka sedang melakukan yang terbaik demi para penumpang,” kata seorang netizen.

Sumber: World of Buzz@AzrulAkmal1216/Twitter

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular