Perpustakaan Negeri Sabah di Tanjug Aru menjadi huru-hara biarpun baru seminggu beroperasi.

Yahoo News Malaysia

Keadaan peralatan seperti perabot, meja, rak buku serta dinding di bahagian kanak-kanak kelihatan tidak terurus dengan kesan contengan sekali gus menjadi tular di media sosial.

Malah, keadaan tersebut mencetuskan rasa tidak selesa dalam kalangan warga netizen.

Pengguna Facebook melahirkan kekecewaan dan kemarahan dengan sikap sesetengah ibu bapa yang gagal mengawal tingkah laku anak masing-masing ketika berkunjung ke perpustakaan.

Memetik Malaymail, gambar-gambar yang tular memperlihatkan bagaimana kemudahan di bahagian kanak-kanak itu diconteng.

Lebih memedihkan mata, keadaan di kawasan itu bersepah seperti bukan perpustakaan sebaliknya hanya sebuah taman permainan.

Malaymail/Wong Vui Yin

Ramai netizen meluahkan rasa tidak puas hati selepas melihat keadaan yang sangat teruk di bahagian kanak-kanak sambil mempersoalkan tindakan ibu bapa yang membawa anak ke perpustakaan, dan menyatakan kekecewaan selepas melihat perabot yang cantik bertukar menjadi teruk dengan keadaan huru-hara di kawasan tersebut.

Keadaan berkenaan sekali gus menyebabkan anak-anak tidak boleh membaca kerana suasana yang bising.

Tegasnya, kanak-kanak di bahagian tersebut tidak dipantau sehingga berani diri menconteng dinding manakala ibu bapa pula hanya memberi tumpuan kepada telefon tanpa mengawasi pergerakan anak masing-masing.

Keadaan berkenaan menyebabkan pihak pengurusan terpaksa menutup bahagian kanak-kanak untuk proses pembersihan sebelum dibuka semula kepada umum.

Menurut Pengarah Perpustakaan Wong Vui Yin, dia terkejut melihat keadaan di bahagian itu selepas dimaklumkan keadaan yang terjadi di perpustakaan tersebut.

“Pada awalnya saya tidak percaya hingga melihat sendiri, jadi selepas bermesyuarat kami mengambil keputusan untuk menutup operasi buat sementara waktu,” ujarnya.

Pihaknya akan memperketatkan kemasukan pelawat terutama bahagian kanak-kanak dengan melarang membawa warna krayon bagi mengelak kawasan itu menjadi tempat vandalisme.

Katanya, perpustakaan akan mengambil langkah tambahan apabila bahagian kanak-kanak dibuka semula selepas pembersihan menyeluruh

Syarat kemasukan diperketatkan berikutan dinding dan kemudahan diconteng hingga ditutup buat sementara waktu untuk kerja-kerja pembersihan.

Bahagian kanak-kanak yang terletak di aras satu itu ditutup mulai Ahad bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan.

Sumber: Malaymail.com, Says, borneotoday

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP NASIONAL

Video Popular